Argentina, Perancis bakal ke final?

Argentina, Perancis bakal ke final?. Seekor kura-kura gergasi menarik perhatian pengguna di laman sosial apabila memilih Argentina yang diketuai Lionel Messi dan juara bertahan, Perancis sebagai pasukan yang akan berentap di final Piala Dunia Qatar pada 18 Disember nanti.

Argentina yang akan berdepan finalis 2018, Croatia pada aksi separuh akhir di Stadium Lusail awal pagi Rabu manakala Perancis kendalian Didier Deschamps berdepan Maghribi dalam satu lagi saingan separuh akhir di Stadium Al Bayt awal pagi Khamis.

Laman Tik Tok yang menggunakan nama superturtle_amr memaparkan seekor kura-kura yang membuat ramalan pemenang aksi separuh akhir Piala Dunia Qatar dengan Argentina dan Perancis menjadi pilihan.

Argentina, Perancis bakal ke final?

Kura-kura berkenaan kelihatan memilih makanan yang diletakkan di hadapan pasukan pilihan terbabit.

Ia ternyata mengundang pelbagai maklum balas daripada pengguna.

Sebelum ini kura-kura berkenaan turut melakukan ramalan membabitkan beberapa perlawanan di Piala Dunia.

Namun ia tetap dianggap sebagai hiburan semata-mata kerana ada di antara ramalan berkenaan tidak tepat dan ada pula sebaliknya.

@superturtle_asmr 𝐍𝐞𝐱𝐭 𝐟𝐨𝐨𝐭𝐛𝐚𝐥𝐥 𝐩𝐫𝐞𝐝𝐢𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧? 𝐒𝐮𝐛𝐬𝐜𝐫𝐢𝐛𝐞 ❤ ► https://bit.ly/JoinSuperTurtlePredictions #worldcup #worldcup2022 #worldcuppredictions #soccer #football #worldcuplive #footballtiktok #footballpredictions #turtle #worldcuppredictions2022 #soccertiktok #soccerpredictions #worldcupqatar2022 #worldcupcroatia#coupedumonde2022oupedumonde2022 #argentinaredictionsfootball #argentina #argentinaworldcup #argentinavscroatia #croatiavsargentina ♬ son original – SuperTurtleASMR

BACA:

Annuar Musa mula buka keahlian Muafakat Nasional

Guru dipecat kerana tak hormat pelajar sedang solat

Annuar Musa dedah terima pelawaan bertalu-talu dari Pas