Arab Saudi bakal bina kompleks industri terapung terbesar di dunia

Arab Saudi bakal bina kompleks industri terapung terbesar di dunia

Arab Saudi bina kompleks industri terapung terbesar dunia.utera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman melancarkan bandar futuristik NEOM dikenali sebagai OXAGON yang merupakan kompleks perindustrian terapung terbesar dibina di dunia.

Lapor Arab News, OXAGON melengkapkan falsafah dan prinsip yang sama dengan THE LINE, yang diumumkan Januari lalu, serta menawarkan kawasan penempatan luar biasa dikelilingi alam semula jadi.

Bandar itu terletak di Laut Merah berdekatan Terusan Suez dan selatan THE LINE serta merangkumi pelabuhan Duba yang merupakan sebahagian dari OXAGON.

OXAGON akan menubuhkan pelabuhan bersepadu sepenuhnya dan ekosistem rantaian bekalan pertama di dunia untuk NEOM.

Bandar yang dijana oleh 100 peratus sumber tenaga bersih akan mengintegrasikan kemudahan pelabuhan, logistik dan penghantaran rel.

Bandar itu turut menyediakan tahap produktiviti bertaraf dunia dengan pelepasan karbon sifar bersih, menetapkan penanda aras global dalam penggunaan teknologi dan kelestarian alam sekitar.

Kira-kira 13 peratus daripada perdagangan global melalui Laut Merah dan OXAGON diletakkan sebagai antara hab logistik paling berteknologi termaju di dunia dengan pelabuhan dan lapangan terbang bersepadu yang canggih.

BACA: Rasa Tomyam Terlebih Sedap, Rupanya Masak Guna Minyak ni

COMMENTS