Api perkauman terus dibakar Umno dan Pas di Selangor

Api perkauman terus dibakar Umno dan Pas di Selangor

Hari ini sekali lagi dewan kecoh dengan isu kononnya Tuan Speaker Y.B Ng Suee Lim tidak menghormati Ahli Dewan Negeri yang ingin memakai Baju Melayu. Sebagai seorang Ahli Dewan Negeri, saya sangat terkilan dengan sikap Ahli-ahli Dewan Negeri UMNO yang hanya ingin memainkan politik perkauman walaupun pada ketika ini, satu saat yang penting untuk kita fokus kepada pembinaan negara dan anak muda.

Sejak dahulu lagi, Tuan Speaker memang seorang yang tegas terhadap etika permakaian kerana pada beliau, etika pemakaian perlu dihormati bagi melambangkan maruah dan integriti yang professional. Ini tiada sebarang kaitan dengan isu Tuan Speaker sengaja menyekat pemakaian Baju Melayu.

Jangan lupa, pada Mac tahun lepas (2019), Y.B Elizebeth Wong juga pernah dikritik oleh Tuan Speaker apabila beliau memakai ‘blazer’ putih ketika berbahas di dalam sidang dewan. Ketika itu, Y.B. Elizebeh juga tidak berpuas hati kerana tidak ada peraturan yang melarang wanita memakai baju berwarna terang dan menambah bahawa dia mengenakan jaket yang sama beberapa kali selama bertahun-tahun sebelum ini tanpa masalah.
(link: https://www.malaysiakini.com/news/468774)

Walaupun begitu, akhirnya beliau tetap akur. Ini membuktikan Y.B. Elizebeth Wong seorang yang berjiwa besar kerana walaupun beliau tidak bersetuju dengan Tuan Speaker dari segi pandangan, beliau faham faham urusan dewan dan perdebatan tentang isu rakyat lebih penting daripada “blazer putih”. Inilah sifat yang seharusnya dimiliki oleh seseorang Ahli Dewan Negeri yang bertanggung jawab.

Setiap Speaker dewan mungkin mempunyai “style” ataupun cara menjadi Speaker secara berbeza. Kita mungkin tidak bersetuju dengan kesemua pandangan dan cara Speaker menguruskan dewan. Tetapi kita seharusnya bertindak professional dan memberikan Speaker ruang untuk beliau menjalankan tugas beliau sebagai individu yang telah diamanahkan untuk menjaga peraturan dewan.

Tapi hari ini, Ahli Dewan Negeri UMNO memilih untuk menjadikanya sebuah komplot bagi meniupkan api perkauman dalam dewan (walaupun sudah bertahun-tahun, pemakaian Baju Melayu Ketika sidang dewan hanya digalakkan pada hari Jumaat).

Sebagai seorang Ahli Dewan Negeri muda yang mewakli anak-anak muda di Selangor dan Malaysia. Saya ingin mengatakan : Enough is enough!

Identiti Melayu takkan bertambah ataupun berkurang dengan hanya ‘wayang’ Baju Melayu semata-mata. Sekiranya memang berbangga menjadi Melayu, kita seharusnya menonjolkannya melalui sifat dan akhlak yang baik, kesopanan dan kesusilaan, supaya kita dihormati oleh kaum lain kerana akhlak dan identiti Melayu yang penuh dengan kesantunan.

Hentikan permainan politik perkauman dan fokus pada pembangunan negara, terutama sekali ketika saat-saat pendamik Covid-19 ini. Hari ini, oleh kerana gimik politik (political stunt) yang dijalankan oleh kumpulan Ahli Dewan Negeri ini, kita telah kehilangan masa bersidang yang sepatutnya digunakan untuk mendebatkan isu rakyat – isu air, isu peluang pekerjaaan, isu kebajikan, isu yang berpaksikan rakyat.

Tetapi sayang, Ahli Dewan Negeri UMNO dan PAS hanya berminat untuk membangkitkan isu perkauman daripada memberi fokus kepada hal ehwal kebajikan rakyat. Ini bukanlah contoh wakil rakyat yang kita mahukan. Wakil Rakyat tidak dipilih oleh rakyat untuk meniupkan politik kebencian, tetapi seorang wakil rakyat dipilih untuk membela hal ehwal rakyat. Dan Ahli Dewan Negeri UMNO dan PAS sepatutnya malu kepada rakyat yang telah memilih mereka!

Sumber :

COMMENTS