Apakah Misteri MH370 akhirnya akan terungkai ?

Apakah Misteri MH370 akhirnya akan terungkai ?

Apakah Misteri MH370 akhirnya akan terungkai .Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370 sejak 8 Mac 2014 kembali hangat diperkatakan setelah seorang jurutera aeronautik Britain mendakwa mengetahui kedudukan sebenar pesawat itu.

Sebagaimana dilaporkan beberapa media antarabangsa, Richard Godfrey percaya pesawat Boeing 777 itu terhempas ke Lautan Hindi iaitu kira-kira 2,000 kilometer barat Perth, bahagian Australia Barat.

Memetik laporan Sinar Harian .Dalam rancangan Sunrise on7 terbitan media Australia, Richard dilaporkan telah ‘mengira’ kedudukan MH370 yang dilaporkan terhempas dan telah menghabiskan masa lebih setahun untuk menyiasatnya.

“Saya telah menggunakan teknologi pengesanan baharu dalam usaha menyelesaikan misteri ini. Penggunaan sistem isyarat radio bertindak seperti ‘tripwires’ telah membantu dalam usaha mencari pesawat yang terletak 13,000 kaki di bawah permukaan lautan.

“Lokasi MH370 adalah kira-kira 1,200 batu di barat Perth, Australia dan terletak di dasar yang dikenali sebagai Broken Ridge, iaitu dataran tinggi bawah air dengan gunung berapi dan lurah di tenggara Lautan Hindi,” katanya.

Richard Godfrey sewaktu temubual dalam rancangan Sunrise on7 terbitan media Australia.

Richard menggunakan sistem penjejakan baharu yang dipanggil Weak Signal Propagation Reporter (WSPR) dan menggabungkan teknologi baharu dengan data sistem komunikasi satelit dari pesawat.

Berdasarkan data daripada satelit, oseanografi, analisis drift, data prestasi daripada Boeing dan teknologi baharu ini, beliau percaya dengan penemuan terbaharu ini dan ia menunjukkan sejajar dengan satu titik tertentu iaitu di Lautan Hindi.

Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 bermula setelah ia hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Bagaimana dan mengapa pesawat canggih Boeing 777 yang membawa 227 penumpang dari pelbagai negara dan 12 anak kapal itu hilang tanpa dapat dikesan radar terus menjadi teka-teki hingga ke hari ini, di sebalik pencarian besar-besaran yang pernah dilakukan dalam sejarah penerbangan.

Baca :‘Patutlah saya telefon tak jawab, rupanya awak sudah tiada’

COMMENTS