Apa pilihan Umno di Terengganu?

Apa pilihan Umno di Terengganu?

Pilihan UMNO di Terengganu, jika UMNO bergabung dengan PAS. PAS akan tanding 22 kerusi, UMNO hanya dapat 10 kerusi. Itu tak kira berapa kerusi UMNO kena bagi kepada PPBM. Sedangkan jika UMNO tidak bergabung dengan PAS.

UMNO bertanding 31, MCA dapat 1 kerusi, PRU 13, UMNO menang 17 kerusi dan memerintah Terengganu PRU 14, UMNO menang 10 kerusi dan kalah tipis di 8 kerusi kepada PAS, PRU 14, UMNO kalah kerana kes 1MDB. Ramai pengundi atas pagar mengundi PAS, PRU 15, tiada lagi isu 1MDB. Pengundi atas pagar akan kembali mengundi BN. PH pula tiada kekuatan di Terengganu.

PRU 15, UMNO boleh pertahankan 10 kerusi dan rampas kembali 8 kerusi dari PAS. UMNO boleh memerintah semula Terengganu. Jika bergabung dengan PAS, UMNO hanya kekal 10 kerusi, PAS kekal memerintah Terengganu. Bergabung dengan PAS hanya pilihan. Bertanding sendiri atas nama BN, itu bukan pilihan tapi amalan sejak berzaman.

Veteran UMNO

Sumber :

COMMENTS