Apa jenis tarian Da’i Syed buat ni? Sekali netizen masuk backup

Apa jenis tarian Da’i Syed buat ni? Sekali netizen masuk backup. Pendakwah bebas, Da’i Syed dan pengacara, Hana Ismail akhirnya selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan beberapa hari lalu.

Majlis pernikahan pasangan selebriti ini berlangsung di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur dan mereka turut melakukan majlis resepsi pada malam hari yang sama di Magica Hall, Monterez Club Shah Alam.

Majlis melibatkan pasangan selebriti seperti ini sudah pasti menarik perhatian netizen dan seperti biasa, ada sahaja yang tak kena di mata segelintir individu.

Apa jenis tarian Da'i Syed buat ni? Sekali netizen masuk backup

Ini apabila Da’i Syed dalam satu video dilihat menari tarian Marawis yang dikatakan tradisi bagi keturunan Arab. Tarian ini bagaimanapun menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen yang menyifatkan ia sebagai hiburan melekakan.

“Menari lagu arab majlis itu berkah” – Komen sinis netizen.

Kenapa mesti ada jer yang salah di mata netizen? Heran…

Namun, tidak semuanya bersetuju dengan kecaman yang diberikan netizen kali ini apabila ramai juga yang tampil menerangkan apa tujuan tarian itu dilakukan Da’i Syed. Ia merupakan tarian Marawis yang juga tradisi bagi keturunan Arab iaitu Syed dan Syarifah.

Ada juga yang memberi perbezaan di mana jika kita di Malaysia biasanya akan ada persembahan tarian zapin dan jika di Yaman, mereka akan persembahkan tarian Marawis.

Nasihat kami di Ohmedia, jangan cepat menghukum dan mengecam tanpa usul periksa. Kaji dan fahami dahulu sebelum mengeluarkan sebarang komen, barulah komen kita tu jadi berilmu sikit.

@xtra_my Sportinglah pengantin lelaki menari tarian marawis 😍 #fyp #xtramy #daiesyed #menari #marawis #walimatulurus #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

BACA:

Cabutan judi kurang tapi hasil cukai judi naik, ini sebabnya

Peristiwa lihat manusia ditelan ular sawa terus menghantui diri

Nurul tak kisah teruk dihentam kerana pertahan bapa