Anwar utus surat terbuka kepada Macron ekoran Islamophibia di Perancis

Anwar utus surat terbuka kepada Macron ekoran Islamophibia di Perancis

Kenyataan yang dikeluarkan Presiden Perancis, Emmanuel Macron amat menyinggung perasaan lantaran ia tidak berasas sama sekali.

Itu tegas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kenyataan dikeluarkan Presiden Perancis itu yang mendakwa Islam adalah punca kepada semua krisis yang berlaku di dunia ketika ini.

Menurut Anwar, kenyataan Macron itu hanya mempromosikan agenda negatif yang akhirnya beliau menjadi mangsa kritikan.

“Selagi mana beliau kekal buta tentang luas dan canggihnya Islam sebagai sebuah dunia yang mementingkan nilai dan cita-cita, maka kita akan gagal memajukan perjuangan menghadapi prasangka asas yang menimpa kedua belah pihak,” katanya menerusi satu surat terbuka kepada Macron.

Macron membuat kenyataan itu berhubung insiden pembunuhan guru lelaki yang dipenggal kerana menunjukkan karikatur Nabi Muhammad SAW di Paris, baru-baru ini.

Kenyataan Macron itu secara tidak langsung menunjukkan sentimen Islamofobia di Perancis semakin berkembang menyebabkan penduduk beragama Islam di negara ini berdepan dengan tekanan dan sering dijadikan ‘sasaran’ sekiranya berlaku insiden jenayah.

Berikut merupakan salinan surat terbuka Anwar tersebut:

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-dunia/islamofobia-di-perancis-anwar-utus-surat-terbuka-kepada-macron-265555

COMMENTS