Anwar Ibrahim bahas Belanjawan 2021 jam 11 pagi esok

Anwar Ibrahim bahas Belanjawan 2021 jam 11 pagi esok
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 esok.
Menerusi muat naik status di laman media sosialnya, Anwar berkata perbahasan di Dewan Rakyat itu dijadual bermula jam 11 pagi.
Pada Jumaat, Anwar mendakwa Belanjawan 2021 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat, tidak mempunyai impak lonjakan yang berkesan bagi memulihkan ekonomi negara.
Beliau berkata, selain itu unjuran angka yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, juga disifatkan membimbangkan.
Tambahnya, belanjawan itu juga tidak menyelesaikan masalah pengangguran dan membantu golongan pekerja yang dibuang kerja kerana itu adalah perkara paling besar.

COMMENTS