Anggota Polis cedera ditikam suspek, ini puncanya sehingga ditikam

Anggota Polis cedera ditikam suspek, ini puncanya sehingga ditikam. Seorang anggota polis cedera ditikam di betis dalam pergelutan ketika manangkap seorang tokan dadah di tepi jalan Kampung Paya Mat Insun, Bukit Jenun, pada Sabtu.

Ketua Polis Kedah Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, kejadian berlaku ketika sepasukan empat pegawai serta anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah sedang melakukan operasi di kawasan terbabit jam 7 petang.

Beliau berkata, ketika itu anggota polis melihat seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan berdiri berhampiran motosikalnya sambil memegang plastik hitam.

“Anggota menghampiri dan memperkenalkan diri sebagai polis dan ketika cubaan menahannya, suspek terus melepaskan plastik hitam dipegang.

Anggota Polis cedera ditikam suspek, ini puncanya sehingga ditikam

“Ketika itu suspek secara tiba-tiba bertindak agresif dengan mengeluarkan sebilah pisau yang diselit di pinggang dan menyerang anggota polis.

“Ketika itu berlaku pergelutan dan anggota polis berpangkat Lans Koperal berusia 20-an mengalami kecederaan di kedua-dua betis akibat ditikam suspek serta bengkak pada tangan kiri,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Wan Hassan berkata, suspek akhirnya berjaya ditahan dan siasatan lanjut mendapati plastik hitam dibawanya mengandungi dadah disyaki heroin dan ganja.

Katanya, suspek kini ditahan dan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seskyen 307 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 186 KK.

BACA:

Dah 6 bulan cerai, wanita dedah masih tinggal serumah dengan bekas suami siap suruh jadi pelacur

Peja yakin PN menang besar, nekad langgar BN di Perak

‘Hari ini RM1 esok boleh jatuh kepada 20 sen’, duit RM tak laku di Thailand