[ANALISA] Adakah unjuran peningkatan hasil 14% dalam belanjawan 2021 logik?

[ANALISA] Adakah unjuran peningkatan hasil 14% dalam belanjawan 2021 logik?

Sebelum bercerita mengenai di mana wang kerajaan dibelanjakan, ayuh lihat di mana kerajaan ingin mencari duit untuk menampung “the biggest budget in nation’s history”.

Hasil kerajaan terdiri dari dua elemen: hasil melalui cukai dan bukan cukai. Hasil cukai seperti cukai individu, cukai petroluem, duti eksais dan SST. Hasl bukan cukai pulak terdiri dari pelaburan dan permits.

Kerajaan mengjangkakan semua cukai ini akan meningkat untuk 2021! Pengunjuran hasil kerajaan perseketuan meningkat dari Rm157 Billion kepada Rm174 billion. Almost 14% peningkatan hasil.

Secara teorinya, kerajaan menjangkakan aktiviti ekonomi yang lebih rancak berbanding 2020. Betul!Aktiviti ekonomi yang tinggi, kerajaan akan kutip cukai yang lebih banyak dari orang ramai. Jika ekonomi aktiviti rendah, maka kerajaan akan kutip jauh lebih rendah bagi tahun berikut.

Semua orang tahu, pastinya jumlah hasil kerajaan bagi tahun 2020 dan 2021 PASTI AKAN BERKURANG, kerana sangat ketara orang pengurangan terimaan perniagaan, perdagangan dan pelancongan sendiri. Bukan di Malaysia, malah satu dunia. Sekatan pergerakan di seluruh dunia mengehadkan perdagangan global dan individu sendiri.

Jadi, persoalan sekarang adakah kerajaan terlalu optimis dalam membuat unjuran peningkatan 14%?

Tahun 2021, kerajaan jangkakan cukai individu sahaja adalah sebanyak Rm42Billion, berbanding Rm35 billion pada 2020. Peningkatan sebanyak Rm7 billion bagi cukai dalam kalangan individu dengan prospek kerajaan yang kurang stabil agak dipersoalkan. Dan harus diingatkan tak semua orang makan gaji layak untuk membayar cukai.

Setiap tahun, hasil berdasarkan Petroleum bukan lagi hasil utama kerajaan Malaysia sejak 2009. Tahun 2021 kerajaan menganggarkan sebanyak 16.0 peratus dari hasil dari hasil petroleum berbanding tahun 2020 yang memberi sebanyak 17.6% dan 4.4% dividen khas dari petronas.

Tapi agak hairan, kenapa PITA tax minyak dijangka melonjak naik sebanyak 52% ? Kerajaan berpendapat bahawa ini kerana disumbangkan oleh peningkatan permintaan dan anggaran dan harga minyak mentah yang lebih tinggi USD42 setong. Namun, kami berpendapat purata harga minyak bagi 2021 dalam USD 35-40, jika dibandingkan dengan World Bank berpendapat harga di paras USD44 setong.

Bagi SST, dianggarkan peningkatan dari RM24 Billion kepada RM27 Billion adalalah terlalu optimis. Peningkatan 1 peratus dari tahun sebelum ini agak sukar dicapai memandangkan perbelanjaan dalam pasaran domestik masih malap untuk 2021.

Unjuran hasil terlalu penting dalam merancang perbelanjaan yang terurus. The only way is kerajaan harus bekerja keras dalam memastikan tiada lagi istilah lari daripada membayar cukai.

Kerajaan menjangkakan duti eksais dijangka meningkat sebanyak 3.1% kepada RM8.8 billion selari dengan peningkatan permintaan kenderaan bermotor. Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengunjurkan pengelauran keseluruhan industri bagi kenderaan meningkat sebanyak 17% pada 2021 selaras dengan pengenalan model baharu serta promosi berterusan oleh automotif. Kenapa orang perlu berbelanja untuk menukar kereta waktu-waktu covid19 ni? Some people might, but untuk buat unjuran peningkatan pembelian kereta dalam kalangan rakyat mendadak bukan sesuatu yang cantik.

Namun, kerajaan akur akan hasil bukan cukai akan jatuh seperti hasil pelaburan. Tahun 2021 menjangkakan pendapatan pelaburan (dividen) dari Khazanah (RM1 billion), Petronas (RM18 Billion), Kwap (RM5 billion) dan pelaburan Royalti Petroluem (RM4.3 billion) yang lebih rendah.

Unjuran kutipan cukai amat penting dalam menentukan corak perbelanjaan. Persoalan yang harus dijawab adakah unjuran ini terlalu optimis atau kita akan gagal dalam mengimbangi pendapatan dan perbelanjaan.

Ayuh membayar cukai!

Sumber :

COMMENTS