Anak Shuib buka cerita kenapa ramai tak suka Auntie Watie

Anak Shuib buka cerita kenapa ramai tak suka Auntie Watie. “Kenapa ramai tak suka Auntie Watie”, anak Shuib akhirnya bersuara. Pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu mendedahkan yang anak-anaknya pernah mempersoalkan mengapa segelintir individu tidak menyukai Watie Hanifiah, wanita yang didakwa kini rapat dengannya.

Shuib berkata, anak-anaknya sudah lama mengenali Watie dan mereka juga sudah selesa bersama.
“Kenapa orang tak suka dekat Aunty (Watie)? Apa salah dia? Anak saya cakap begitu.

“Jujurnya, anak-anak saya sudah lama mengenali Watie. Mereka pun mengunci mulut mengenai Watie. Tapi, apabila orang ramai dah tahu, mereka pula mengusik saya… dah kantoi,” katanya kepada Gempak.

Shuib berkata demikian ketika ditemui pada sidang media The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3) yang berlangsung di ibu kota, Selasa.

Shuib menambah, soal perkahwinan merupakan satu hal yang sedih dan jika benar dia ingin berkenalan rapat dengan seseorang, sudah pasti dia akan meminta pandangan daripada ibunya.

Anak Shuib buka cerita kenapa ramai tak suka Auntie Watie

“Kenapa ramai tak suka Auntie Watie”, anak Shuib akhirnya bersuara

“Kalau saya nak berkawan dengan seseorang, saya akan minta pandangan ibu. Sangat penting untuk ibu juga selesa dan merestui sesuatu hubungan.

“Paling takut kalau membelakangi keluarga sebab apa-apa pun kami akan berbincang bersama,” katanya.
Terdahulu, nama Shuib kembali diperkatakan apabila kelibat Watie muncul dalam gambar di sebuah restoran ketika dia sedang makan malam bersama anak-anaknya.

Ditanya benarkah bakal melangsungkan perkahwinan Mac depan, Shuib dengan tenang menafikan dakwaan tersebut.

“Kita kena berserah pada Allah, termasuk juga soal jodoh. Cuma kadang-kadang bila perkara itu tak betul saya kena cakap (perkara sebenar).

“Kalau ada perkara baik untuk masa akan datang saya mesti kongsikan. Saya tak suka bila orang cakap nak sorokkan perkara sebenar. Saya nak sorokkan apa?

“Bagaimanapun, sudah tentu saya nak yang terbaik untuk hidup saya. Saya sentiasa berdoa semoga Allah tunjukkan jalan dan hadirkan orang yang baik dalam hidup saya,” katanya menutup perbualan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

BACA:

Doktor hensem yang selalu live dengan Sajat akhirnya dedah siapa dirinya

Sebelah hitam sebelah kelabu, wajah unik kucing ini curi tumpuan ramai

Kepala babi diletak atas bumbung masjid, apa nak jadi…