Anak kesal ayah 70 tahun kena scam dengan budak-budak muda

Anak kesal ayah 70 tahun kena scam dengan budak-budak muda

Seorang pengguna Facebook, dikenali sebagai Shanor Hijas, meluahkan rasa geram apabila ayahnya yang berusia 70 tahun didakwa telah ditipu oleh sebuah syarikat yang menjual produk kesihatan.

Difahamkan, ayahnya telah ditipu hidup-hidup mengenai harga barangan yang dijual dengan harga RM8,000 sedangkan harga yang sebenar cuma! Memang kejam! Dilaporkan kejadian tersebut berlaku di sebuah pasar raya di Wangsa Maju.

Abah kena scam..

Jelas wanita ini, pada mulanya dia terkejut apabila ayahnya menceritakan situasi yang telah terjadi kepadanya. Lagi mengejutkan, apabila ayahnya tidak mendapat barang secukupnya seperti mana yang telah dijanjikan berikutan masalah kehabisan stok yang dialami oleh penjual itu.

Abah saya kena scam dgn anak-anak muda ni. Dik, abah akak dah nak 70 tahun dik, sampai hati kau perkotak- katikkan abah akak dan suruh abah akak bayar air purifier dengan foot massage sampai 8k. Dah la foot massage tu dia tak bagi. Dia bagi 2 air purifier. Takda stok katanya!

Tambahan pula, peniaga ini turut menjanjikan pelbagai barangan percuma namun, semua itu hanyalah dusta semata-mata demi melariskan jualan mereka.

Selamat la abah call dan cerita apa jadi kat dia. Kesian abah, suara dia mcm dalam mood terkejut dan blur je. Ye la, mula-mula depa kata kat abah, dapat free gift, alih-alih suruh amik barang sekian-sekian, bayar dulu. Then nanti dapat free gift bagai.

Bercerita lebih lanjut, wanita ini bersama adiknya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan jurujual tersebut. Walau bagaimanapun, jurujual tersebut ketika ditemui tidak menunjukkan sebarang respon rasa bersalah dengan apa yang telah terjadi.

Akak, bab-bab aniaya family ni, memang tak boleh sabar. Tetiba darah bertukar jadi karnivor. Lari keluar opis, ajak adik akak, pi amek abah, bawak balik ke mall itu. Ghhrr…selamber sangat muka korang ni eh. Tak ada rasa bersalah kat orang tua langsung.

Akak tinggal tak tampar je muka kau 2 org td. Adik akak tu smpai kembang-kembang perut tahan marah tau. Kenangkan abah asyik bisik kat aku ‘sabar…bincang elok-elok’. Fuhh.. mengucap jap.

Jelasnya lagi, duit ayahnya sudah dipulangkan semula pada masa yang sama dia turut menasihati orang ramai supaya lebih berwaspada dengan modus operandi yang digunakan oleh penjual ini dalam mengaburi mata pembeli.

Pesan kat mak abah kita naa. Depa-depa ni ada ja kat market-market, menunggu mangsa orang-orang tua cam mak abah kita. Semoga keluarga kita sentiasa di bawah lindungan-Nya.

Berita Penuh :https://beritaperak.com/agak-agaklah-nak-menipu-orang-tua-barang-rm600-je-kau-ketuk-sampai-rm8k/

COMMENTS