Anak gadis Azhar Sulaiman curi tumpuan lagi, nampak sakan menari.Sebut sahaja nama Kasih Iris Leona, anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman sering menjadi perhatian kerana penampilannya yang agak seksi sehingga mengundang rasa kurang senang netizen.
Baru-baru ini, video dikongsikan Leona sekali lagi menjadi bualan ramai apabila memaparkan gadis itu menari dengan memakai baju mencolok mata.
Menerusi video itu, Leona dilihat memakai baju berwarna pink yang mendedahkan bahagian dadanya bersama skirt pendek.
Seperti sudah dijangka, video itu menimbulkan rasa kurang senang melihat penampilannya itu yang dikatakan agak melampau.
Diruangan komen, ada netizen mengingatkan Leona supaya ingat tentang asal usul. Tidak kurang juga, ada yang meluahkan rasa bimbang melihat gadis itu terloncat-loncat menari.
Dalam pada itu, ada yang menitipkan nasihat kepada Leona supaya muhasabah diri serta mendoakan agar gadis itu berubah ke arah lebih baik secara perlahan-lahan.
@leonsmeonssCheck out my cute bag♬ original sound – bernardo
BACA:
Russian bina kilang bernilai RM70 bilion di Indonesia
Diskaun saman 50 peratus diperkenal PDRM, ini lokasinya
Gara-gara tegur hidung, Daiyan Trisha ‘block’ pengikut di media sosial