Anak Azmi Caliph Busker dilaporkan meninggal dunia

Anak Azmi Caliph Busker dilaporkan meninggal dunia

Anak Azmi Caliph Busker disahkan meninggal dunia Baru empat jam berkongsi khabar bayi sulungnya, Khairul Afnan yang tidak sihat dan memohon doa orang ramai di Instagram, penyanyi Azmi Saat akur Allah lebih menyayangi ‘anak syurganya’ itu.

Azmi yang baru bergelar bapa sejak empat hari lalu selepas 10 tahun menunggu rezeki cahaya mata terpaksa reda melepaskan semula bayinya kepada Yang Maha Esa.

Pada perkongsian terkininya di Instagram sekitar sejam lalu, vokalis kumpulan Caliph Buskers itu memaklumkan khabar duka, bahawa Khairul Afnan yang dilahirkan pada 27 September lalu sudah ‘dijemput’ Allah SWT.

“Allah lebih menyayanginya. Afnan tunggu kami di syurga,” tulisnya ringkas.

Terdahulu, Azmi berkongsi hantaran lain di Instagram bahawa dia bersama isterinya, Nazira Muhammad, 35, sedang memangku bayi mereka buat kali terakhir.

“Kami sedang riba Afnan buat kali terakhir. Beberapa minit saja lagi,” tulisnya.

Tinjauan Harian Metro di Instagram Azmi mendapati hantaran duka dibuat itu menerima ucapan takziah daripada rakan artis dan pengikutnya yang bersimpati dengan ujian besar menimpa dan meminta pasangan istimewa ini terus tabah.

Isteri Azmi, iaitu Nazira selamat melahirkan Khairul Afnan, seberat 3.3 kilogram pada jam 9.09 pagi, Isnin lalu di sebuah pusat perubatan menerusi kaedah pembedahan.

Difahamkan juga bayi lelaki Azmi dan Nazira yang mendirikan rumah tangga mereka pada 2011, mempunyai masalah di otak. Namun, tidak dapat dipastikan kerana usaha Harian Metro menghubungi Azmi belum berjaya apabila dia tidak jawab mesej dan panggilan telefon.

BACA :Isteri ‘tangkap’ suami Kantoi curang di tempat kerja

COMMENTS