Amyra Rosli selamba perli ustazah, “saya takut hilang roh salam dengan suami”

Amyra Rosli selamba perli ustazah, “saya takut hilang roh salam dengan suami”. Baru-baru ini, penceramah bebas Ustazah Siti Afifah Shahbudin mengeluarkan kenyataan mendakwa seseorang itu akan kehilangan roh dan jiwa jika bersalaman dengan golongan artis.

Kenyataan mengguris hati itu membuatkan ramai artis tampil bersuara bagi menyatakan pendapat mereka termasuk aktres dan pengacara, Amyra Rosli.

Menerusi satu video di aplikasi TikTok, aktres berusia 31 tahun itu meluahkan kebimbangan sekiranya dia tidak boleh bersalaman dengan suaminya yang juga seorang aktor, Amar Bahrin.

“Adakah selepas ni saya tak boleh bersalaman dengan suami saya? Saya takut hilang roh, hilang jiwa sebab suami saya artis,” katanya seolah-olah memberi sindiran.

@aamyrarosli8??

♬ original sound – Amyra Rosli

Amyra Rosli selamba perli ustazah, "saya takut hilang roh salam dengan suami"

Video berdurasi 12 saat yang menggunakan filter ‘Ferrero Rocher’ itu mendapat 235,500 tontonan dan 658 komen netizen dimana rata-rata terhibur dengan ‘masalah’ dihadapi Amyra berhubung perkara tersebut.

Malah, ada juga segelintir individu berseloroh mengatakan tiada roh atau jiwa akan hilang memandangkan kedua-duanya artis serta pasangan suami isteri.

Dua-dua artis, takut tertukar roh

Penat la gelak

Kena salam, nanti suami hilang

Bergurau pun penuh penghayatan

Terdahulu, Ustazah Siti Afifah membuat kenyataan demikian selepas memberi pendapat mengenai golongan suami yang dayus apabila membiarkan isteri bersalin menggunakan khidmat doktor lelaki.

BACA:

Payung terjun gagal berfungsi, tentera jatuh dari ketinggian 487 meter

Netizen kecam Kak KM tak sedar diri tayang lurah, “dah kendur pun nak payung”

Neelofa pesan jangan suka-suka cium anak orang lain