Amelia Henderson : Kalau dah cantik, ketiak pun kena puji. NAMA Amelia Henderson memang menjadi bahan bualan hangat sepanjang minggu ini.
Selepas perkongsian tentang jutawan pun belum tentu layak memilikinya, respons dan paparan tangkap layar segelintir individu yang berminat tentang ketiaknya pula jadi perhatian.
“Tiada perkataan untuk gambarkan ini. Maksud saya, ketiak?
“Macam mana masyarakat kita sekarang dah jadi terlalu ambil berat tentang bahagian tubuh badan paling kurang patut diberi perhatian?” ciap Amelia dalam Twitter.
Mungkin bagi segelintir individu, bahagian ketiak jarang diberi perhatian dan penjagaan rapi. Jadi, apabila bahagian bawah lengan Amelia dilihat lebih cerah tanpa sebarang cela, ramailah yang kagum dan mahukan perkara sama juga.
Lucu pula rasanya tetapi inilah realiti yang Amelia perlu hadap memandangkan dia seorang selebriti dan setiap perkara dilakukan pasti akan menuai perhatian.
BACA:
Tinggalkan 3 anak, pembantu am sekolah didakwa di mahkamah
Ifa raziah, Kak KM kena kecam lagi, kali ini bergelek sakan di majlis aqiqah
OPR bakal naik lagi September ini…