AMANAH Parit Buntar agih sumbangan Deepavali kepada 220 keluarga

AMANAH Parit Buntar agih sumbangan Deepavali kepada 220 keluarga

Parti Amanah Negara (AMANAH) meneruskan agenda peduli rakyat tanpa membezakan mana-mana agama dan fahaman politik yang berbeza.

Sempena sambutan Deepavali, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar, bersama-sama dengan AMANAH Parit Buntar telah memberikan sumbangan kepada 220 keluarga dalam kawasan parlimen Parit Buntar.

Malah sumbangan yang diberikan adalah merangkumi semua peringkat dan golongan masyarakat.

Ahli Parlimennya, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, AMANAH sentiasa memberi perhatian terhadap nasib masyarakat keturunan India di Parlimen Parit Buntar.

Malah katanya, kepedulian yang diberikan kali ini bukan sahaja untuk majlis sambutan Deepavali, tetapi juga perayaan lain seperti Tahun Baru Cina mahupun Hari Raya Aidilfitri dan seumpamanya.

“Memandang kita masih dalam tempoh PKP, sumbangan yang disampaikan dalam kumpulan yang kecil melibatkan beberapa keluarga di semua komuniti masyarakat India di Parit Buntar

“Program ini merupakan aktiviti tahunan yang diteruskan saban tahun bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh keluarga terlibat,” jelasnya lagi.

Manakala Pengerusi Biro Integrasi Nasional, Amanah Parit Buntar, K.S.Paranthaman pula berkata, program ini dapat merapatkan hubungan dan menimbulkan kemesraan.

“ Sumbangan ini melibatkan kawasan komuniti masyarakat India di Pekan Baru, Taman Seri Tengara dan Taman Kerian Tambahan dalam DUN Titi Serong

“ Manakala , masyarakat India dalam DUN Kuala Kurau melibatkan penduduk India Pekan Kuala Kurau dan Tanjung Piandang “ katanya

Selain itu katanya, adalah amat diharapkan sumbangan yang diberikan dapat menceriakan sambutan pada tahun ini.

Turut hadir dalam program ziarah menyampaikan sumbangan tersebut ialah Pegawai Khas DUN Titi Serong , Mohd Adnan Razali , Pegawai Khas DUN Kuala Kurau, Hamdan Fadel Ahmad , Ketua Pemuda AMANAH Parit Buntar Muhamad Nakhaie Abd Wahab serta Pegawai Komuniti India Parlimen Parit Buntar R. Jeyapandian dan M.Subramaniam

COMMENTS