Alahai jatuh pun lemah gemalai, bekas penari kebudayaan ke?

Alahai jatuh pun lemah gemalai, bekas penari kebudayaan ke?. Sudah menjadi kebiasaan buat pekerja restoran untuk membawa makanan dan minuman secara pantas dan lancar berikutan kebiasaannnya melakukannya setiap hari.

Malang tidak berbau, terkadang perkara yang sering dilakukan setiap hari juga mampu gagal disebabkan beberapa faktor. Itulah nasib yang menimpa seorang pekerja kedai makan ini yang dilihat jatuh bersimpuh ketika membawa makanan pelanggan menerusi perkongsian TikTok @ariefnawi.

Dalam pada itu, di sebalik situasi wanita ini yang terjatuh serta dirakam menerusi CCTV, para netizen seolah terhibur dan teruja dengan gaya wanita ini terjatuh. Berikut merupakan respon netizen terhadap telatah wanita ini.

Gaya jatuhan wanita ini turut membuatkan seorang netizen melabelnya sebagai ‘anugerah jatuh paling rare 2022’.

Alahai jatuh pun lemah gemalai, bekas penari kebudayaan ke?

Difahamkan ini bukanlah pertama kali wanita ini terjatuh di restoran. Sebelum ini beliau turut dirakam menjatuhkan minuman yang mahu dihantar kepada pelanggan selepas mengambilnya daripada kaunter.

Setakat artikel ditulis, video wanita ini jatuh tersimpuh telah meraih lebih 1.7 juta tontonan dan hampir 4,000 komen.

@ariefnawiSOPAN KEA TUHHH NOK JATUH PON,PUOK MU KENO CARI TINO HOK SOPAN GINI LA WALAU NOK REBON😝♬ Laughing – Gianluca Marino

BACA:

Pemimpin AMANAH gesa kembalikan pengurusan kontraktor kelas F kepada PKK

DS Vida tebang pokok pisang jam 3 pagi, ini sebabnya..

Gaji penjawat awam perlu disemak semula, tercorot di ASEAN