”Aku hilang sabar dengan dia”, Ini yang Zamarul Hisham buat…

”Aku hilang sabar dengan dia”, Ini yang Zamarul Hisham buat… Nama pelakon veteran, Zamarul Hisham rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Mana tidaknya, dia antara aktres terkenal yang disegani ramai kerana kualiti lakonan yang diberikan dalam drama atau filem yang digalasnya.

Malah, Zamarul yang merupakan antara salah seorang pelakon yang memegang watak utama sebagai Adam dalam drama bersiri Aku Tanpa Cintamu ternyata mengundang pelbagai reaksi ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @amermyllo di laman TikToknya, kelihatan Zamarul bersama pihak produksi penggambaran sedang melakonkan sebuah babak berhampiran tepi jalan.

”Aku hilang sabar dengan dia”, Ini yang Zamarul Hisham buat…

Difahamkan, dalam video tersebut merupakan keadaan disebalik takbir untuk drama tersebut dimana Zamarul bersama seorang pelakon wanita yang dipercayai bekas isterinya dalam drama itu.

Geramnya aku dengan Zamarul ni!
Susulan itu, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dan marah dengan sikap panas baran watak Adam yang digalaskan oleh pelakon yang berusia 51 tahun itu sehingga ada yang mahu memukulnya.

Terbaik la Zamarul, memang menjadi betul watak dia!
Pun begitu, rata-rata netizen memuji lakonan yang diberikan oleh Zamarul yang berjaya membuatkan ramai tak senang duduk apabila menonton drama itu di kaca televisyen.

@amermylloz Korang dah tengok belum scene ni? Ha ni dia behind the scene. Unplanned, pakcik guard tu mmng guard situ. Pastu kitorang suruh dia berlakon. Untung2 muka dpt masuk tv free 🤪 #Fyp #AkuTanpaCintamu #shooting #Tv3 ♬ Tiba-tiba (Speed Up) – Quinn Salman

BACA:

Khir Toyo bakal buat ‘comeback’ di Sungai Besar

Yakin menang besar PRU15, MKT UMNO mahu parlimen bubar segera

Dikecam berpakaian seksi, ini jawapan balas Dolla