Aktiviti seram ‘Misteri Trak Kuning’ hantui penduduk, siap lagu Maya Karin lagi

Aktiviti seram ‘Misteri Trak Kuning’ hantui penduduk, siap lagu Maya Karin lagi. Penduduk di Kampung Pulau Bongek di sini, menyifatkan aktiviti seram Misteri Trak Kuning mengganggu kehidupan mereka.

Dakwa penduduk, setiap hujung minggu ketenteraman mereka terganggu apabila malam menjelang.

Menurut seorang penduduk yang enggan dikenali, tiada sedikit pun perasaan iri terhadap perniagaan itu, cuma mereka pula ‘dihantui’ bunyi bising sehingga ke awal pagi.

“Bayangkan masa tema puntianak, lagu nyanyian Maya Karin diulang-ulang dari pukul 9 malam hingga awal pagi. Kadang berlanjutan ke pukul 5 pagi.

“Masa tema pocong, jeritan pelanggan pula didengar sampai awal pagi. Mana nak tahan, penduduk di sini majoriti warga emas dan tentulah semua mahu berehat pada waktu malam,” katanya ketika ditemui semalam.

Aktiviti seram 'Misteri Trak Kuning' hantui penduduk, siap lagu Maya Karin lagi

Katanya, disebabkan perniagaan itu juga, cucunya takut untuk pulang ke kampung serta ke bilik air pada waktu malam.

“Cucu kata rumah kampung ada hantu, hanya disebabkan bunyi bising jeritan semasa hantu keluar di sepanjang trek dilalui trak berwarna kuning itu.

“Walaupun dikatakan jauh dari rumah penduduk, bunyi ­bising berkenaan tetap dapat didengari,” katanya.

Seorang lagi penduduk berkata, dia bimbang melihat kehadi­ran orang ramai ke kawasan ber­kenaan terutamanya pasa­ngan yang tidak dapat dipastikan mempunyai ikatan atau status suami isteri.

Menurutnya, kebanyakan pelanggan adalah dari luar iaitu Johor, Melaka, Selangor dan lain-lain negeri.

“Memang ramai yang datang. Ada masa berpuluh-puluh motosikal datang. Mereka akan parkir di kawasan berhampiran surau bagi menunggu giliran sehingga awal pagi.

“Kalau dah tunggu lama-lama, suara gelak tawa mereka dalam kumpulan yang ramai pun dah mengganggu kami di laluan yang merupakan jalan mati ini,” katanya.

BACA:

‘Bapa Iblis’ mengaku di mahkamah jadikan dua anaknya hamba seks

Lebuhraya SUKE catat kemalangan pertama

Ramai dakwa kena pukau di ’roundabout’ ini, katanya di Putrajaya