Aksi video Kura-kura Seronok ‘Lari’ Laju Timbul Tanda Tanya Ramai Raih 12 Juta Tontonan

Aksi video Kura-kura Seronok ‘Lari’ Laju Timbul Tanda Tanya Ramai Raih 12 Juta Tontonan

Aksi video Kura-kura Seronok ‘Lari’ Laju Timbul Tanda Tanya Ramai Raih 12 Juta Tontonan.Jika dulu-dulu semasa di sekolah rendah, mesti kita pernah terdengar cerita rakyat tentang si arnab berlumba dengan kura-kura, kan? Dalam cerita itu, arnab tersebut dikatakan terlalu angkuh dengan kelajuannya apabila sengaja memandang rendah kemampuan si kura-kura yang bergerak perlahan.

Disebabkan terlalu yakin pasti menang, arnab itu pun sempat berehat sebentar setelah berlari laju dan terlelap, namun kura-kura tersebut tidak melepaskan peluang untuk memotongnya dengan terus berlari tanpa henti hingga ke garisan penamat. Akhirnya, kura-kura pun menang.

Bercakap tentang kelajuan kura-kura, mungkin ramai yang tahu bahawa haiwan reptilia ini mempunyai gaya pergerakan yang amat perlahan. Merangkak menggunakan keempat-empat kakinya, namun tidaklah selaju haiwan lain yang berkaki empat seumpamanya.

 video

Namun baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan aksi sekumpulan kura-kura yang bergerak laju dalam keadaan keadaan berpusing mengelilingi kawasan. Video tersebut menyatakan bahawa kura-kura berkenaan sedang dalam keadaan gembira. Mari ikuti video ini.

Video yang berdurasi kira-kira 13 saat ini telah ditonton lebih 12 juta kali setakat artikel ini ditulis. Tidak pasti apa puncanya, namun situasi ini sedikit-sebanyak telah ‘membatalkan’ persepsi sesetengah manusia yang beranggapan bahawa kura-kura ini ialah haiwan yang bergerak perlahan.

Bagaimanapun apabila menerjah ke ruangan komen, ada netizen mendakwa bahawa video ini tidak logik dan rupanya hanya suntingan CGI semata-mata.

Sumber: https://siakapkeli.my/2021/09/05/video-raih-12-juta-tontonan-aksi-kura-kura-seronok-lari-laju-timbul-tanda-tanya-ramai/

BACA: “Saya tak letak harapan… takut kecewa”

COMMENTS