Aksi penuh semangat guru cantik ini mengajar curi tumpuan

Aksi penuh semangat guru cantik ini mengajar curi tumpuan. Video guru cantik ni mengajar jadi tular, ‘semangat lain macam ni!’. 10 bintang diberi untuk semangat dan kesungguhan mengajar seorang guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah ini. Itu antara respon warganet.

Gaya mengajar guru wanita yang kreatif dan bertenaga dan dikongsi di TikTok beliau mengundang kekaguman orang ramai.

Dalam masa sama, ada yang ‘terkilan’ kerana mereka semasa di bangku sekolah dahulu tidak mempunyai guru bersemangat seperti wanita berkenaan.

“Teacher yang paling best ni. Kenapa saya dulu tak diajar dengan cara ni,” kata seorang netizen.

Aksi penuh semangat guru cantik ini mengajar curi tumpuan

Guru yang juga TikTokers yang menggunakan nama Nana Dayana itu memang popular dengan mempunyai lebih 330,000 pengikut selain disukai 9 juta pengguna TikTok.

Video guru cantik ni mengajar jadi tular, ‘semangat lain macam ni!’

Melihatkan tenaga maksimum guru itu, ada yang berpendapat mungkin beliau akan terlalu penat kerana dalam sehari bukan sebuah bilik darjah sahaja yang perlu ditanganinya.

Namun, ada warganet yang menolak tanggapan tersebut sebaliknya menyifatkan guru itu lebih puas dan gembira ditambah dengan murid yang cerdik dan baik mendengar kata.

@astrogempak Waaaaa Min memang respect cikgu macam ni 😍 Min pun belajar sekali 🎥 : @Nanaa #beritaditiktok #gempakviral #SembangEntertainment ♬ original sound – Gempak

BACA: 

Selepas Najib masuk penjara, Zahid luah perasaan

Lelaki ini dedah maksud lirik lagu ‘Ya Budu P’yan’, mengejutkan..