Aksi ‘panas’ sama jantina dalam surau

Aksi ‘panas’ sama jantina dalam surau. Sebut mengenai surau atau masjid, pastinya orang ramai cukup faham untuk menjaga adab dan perlakuan sewaktu berada di rumah ibadat ini. Dalam pada itu, masih terdapat segelintir individu yang bukan sahaja tidak menghormati rumah ibadat, malah telah melakukan perkara tidak senonoh.

Menerusi perkongsian Twitter @InfoKuala, tular sebuah video yang dirakam menerusi CCTV yang memperlihatkan tindakan dua individu terdiri daripada dua individu yang saling bercium selepas menunaikan solat.

Lebih menjijikkan, seorang daripada lelaki tersebut turut menyeluk tangan ke dalam seluar sebelum bersalaman dengan individu lain yang turut berada di surau tersebut.

Aksi 'panas' sama jantina dalam surau

Bukan itu sahaja, dua individu ini turut tidak mengedahkan ahli surau yang lalu lalang di surau berkenaan malah memilih untuk terus bercium sebelum beredar keluar daripada surau. Tindakan yang dilakukan telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya jijik dengan tindakan yang dilakukan di surau tersebut.

Diharap isu seperti ini tidak lagi berulang kerana bukan sahaja menjatuhkan martabat umat Islam sendiri, malah bakal memberi imej buruk kepada rumah ibadat buat umat Islam dalam negara ini.

BACA:

Nelayan tempatan dihalau singapura di perairan sendiri dalam siasatan

Pakar kesihatan dakwa Caprice ada masalah mental, ini rupanya penyakitnya..

Netizen tergamam kena bayar RM25 untuk lauk yang ‘common’