Aksi pak cik ini jerit ‘nama’ burung panggil makan curi tumpuan

Aksi pak cik ini jerit ‘nama’ burung panggil makan curi tumpuan. Berbagi rezeki dengan mahluk ciptaan Tuhan yang lain, bukan sahaja manusia memang adalah sesuatu perkara yang mulia.

Tidak semestinya hadir dalam wang ringgit, malah berbagi rezeki yang berupa makanan juga merupakan hal yang besar kebaikannya.

Pakcik Nasi Kandar Jerit ‘Hussein’ Panggil Burung Makan, Bukan Semua Orang Boleh Buat Macam Ni.

Semalam, tular satu video menunjukkan seorang pakcik yang juga merupakan pekerja nasi kandar di sebuah restoran nasi kandar di Sungai Petani, Kedah memangil burung untuk diberi makan dengan cara unik.

Dengan suaranya yang lantang, dia menjerit nama ‘Hussein’ untuk memanggil sekawan burung yang ingin makan. Menerusi perkongsian video itu, nampaknya pakcik terbabit sudah biasa dengan rutin memberi burung makan.

Aksi pak cik ini jerit 'nama' burung panggil makan curi tumpuan

Apa yang memeranjatkan semua, bilangan burung yang terlalu banyak terbang ke arah pakcik apabila dipanggil menunjukkan burung itu pun sudah selesa dan biasa dengan pakcik.

“Orang biasa punya hati yang luar biasa. Hari-hari panggil burung bagi makan. Hebat pakcik ni,” jelas pemilik video dalam keterangan videonya.

Menurut pemilik video, pakcik berkenaan bekerja di Restoran Nasi Kandar Hussein. Memang sama dengan nama yang disebut ketika memanggil burung-burung itu.

Meninjau ruangan komen, orang ramai dan netizen terharu dengan rutin dan sikap yang ditunjukkan pakcik berkenaan. Tidak berkira rezeki yang diberi oleh Tuhan, dia berkongsi juga dengan haiwan-haiwan lain kerana baginya itu satu pekerjaan mulia.

“Allahuakbar, di akhirat nanti burng-burung ni akan jadi saksi segala kebaikannya serta mendoakannya,” kata salah seorang netizen bernama Zahari.

Selain itu, ramai netizen yang memuji kehebatan pakcik ini memanggil burung dan juga mendoakan kesihatan pakcik.

“MasyaAllah. Tabarakallah. Moga sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan ya pakcik. Amin Ya Allah Ya Mujib,” komen seorang netizen bernama Janiah Salih.

“Pakcik Nasi Kandar Hebat, Semoga Burung Tu Jadi Asbab Pakcik Berjaya”
pakcik nasi kandar

Melalui kisah kebaikan pakcik nasi kandar yang dikongsi ini, kita seharusnya berbuat baik tanpa mengira dan berhajatkan apa-apa balasan daripada kebaikan kita.

Lagi-lagi hal yang bersangkut paut dengan makanan dan rezeki ni kan? Semoga semuanya baik-baik sahaja.

@dsemeling_frozen_seafood Orang biasa punya hati yang luar biasa.. hari² panggil burung bagi makan.. hebat pakcik ni.. FYP skli gaiss.. kredit video dri dady zul..#trending #tiktokkedah #tiktok #fypdongggggggg #foryoupageofficiall #tiktokmalaysia #fyppppppppppppppppppppppp #foryoupage #fypシ #fypシ゚viral ♬ original sound – DSemeling Fresh&Frozen Seafood

BACA:

Bantuan MEF : Kemudahan perusahaan Mikro sehingga RM50,000

Ramai kongsi trend tidur dalam kereta bantal tutup muka, rupanya sebab ini…

Anis Nabilah mahu masak rendang untuk Queen Elizabeth II, ini yang terjadi…