Akibat kritik kerajaan, wartawan mati ditembak

Akibat kritik kerajaan, wartawan mati ditembak

Akibat kritik kerajaan, wartawan mati ditembak. engulas radio Filipina Percival Mabasa, lebih dikenali dengan nama samaran Percy Lapid, yang telah lama mengkritik pihak berkuasa negara itu ditembak mati di luar rumahnya di bandar Las Pinas, kata polis wilayah pada Selasa.

“Kami mengutuk jenayah yang mengakibatkan kematian Percival Mabasa atau Percy Lapid, pengulas radio DWBL yang ditembak mati pada 3 Okt 2022 di pintu pagar BF Resort Village di (barangay) Talon Dos, Las Pinas,” kata pemangku pengarah polis wilayah, Jonnel C Estomo.

Siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan pasukan petugas khas telah diwujudkan, Sputnik memetik pengarah itu.

Akibat kritik kerajaan, wartawan mati ditembak

“Kami memberi jaminan untuk mencari keadilan segera kepada mangsa dan keluarganya,” kata Estomo.

Sementara itu, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Filipina mengutuk pembunuhan pengacara itu.

“Pembunuhan itu menunjukkan bahawa kewartawanan kekal sebagai profesion berbahaya di negara ini. Kejadian yang berlaku di Metro Manila (wilayah ibu negara) itu menunjukkan betapa kejamnya pelaku,” menurut kenyataan kesatuan itu.

Lapid merupakan wartawan kedua yang terbunuh di Filipina sejak pentadbiran Presiden Ferdinand Marcos Jr berkuasa pada Mei. Pada 18 Sept, seorang lagi wartawan radio, Renato “Rey” Blanco, mati ditikam di bandar Mabinay.

BACA:

LHDN tarik balik rayuan cukai, Nooryana Najib selesai bayar cukai RM10.3 juta

Ini kawasan di Perak yang terjejas dengan banjir

Pejabat Kementerian di Putrajaya diarah kemas barang, parlimen bakal bubar tak lama lagi..