Akibat ‘bunyi bising’ pekerja seks dihalau dari rumah

Akibat ‘bunyi bising’ pekerja seks dihalau dari rumah

Akibat ‘bunyi bising’ pekerja seks bekerja dari rumah dihalau. Seorang pekerja seks yang terpaksa ‘bekerja dari rumah’ semasa perintah berkurung pandemik Covid-19 di Britain dihalau dari sebuah kawasan perumahan awam susulan terdapat banyak aduan daripada jiran-jiran yang mendakwa mendengar ‘bunyi bising’ dari kediamannya, lapor akhbar New York Post semalam.

Nicola Parry, 29, dilaporkan menerima sehingga 10 pelanggan dalam satu-satu masa di rumahnya di bandar Wythenshawe, Manchester.

Berdasarkan hujah yang dikemukakan di mahkamah majistret tempatan, pelanggan Parry kerap beratur menggunakan kereta di sepanjang blok kawasan kediaman tersebut bermula waktu pagi untuk menunggu giliran.

Operasi bekerja dari rumah itu telah menyebabkan gangguan bunyi bising kepada penduduk setempat pada setiap masa.

bunyi bising

Menurut pendakwa raya Robin Lynch, ibu kepada seorang anak berusia enam tahun itu turut meminta jiran untuk menjaga anaknya ketika dia bekerja.

Polis terpaksa campur tangan apabila seorang jiran Parry yang banyak menghabiskan masa di kawasan taman rumahnya mendedahkan tentang sebuah buku yang memaparkan senarai janji temu wanita itu.

Susulan aduan terhadap Parry daripada persatuan penduduk kejiranannya, wanita itu mengamuk dan meminta jiran-jirannya mengaku siapa yang bertanggungjawab membuat aduan tersebut.

Dalam satu kejadian lain, Parry dilaporkan berlari di tepi jalan dalam keadaan berbogel selepas dia dipukul oleh seorang pelanggannya. Insiden itu membuatkan wanita tersebut akhirnya diberkas polis.

Dalam pembelaannya, Parry memberitahu mahkamah bahawa dia lebih memilih untuk bekerja di lokasi rumah pelacuran, namun sekatan Covid-19 telah memaksanya untuk menjalankan ‘perniagaannya’ di rumah.

“Disebabkan Covid-19, Parry tidak dapat bekerja, jadi dia membuat keputusan untuk bekerja dari rumah,” kata peguam belanya, John Mitchell.

Parry diarahkan untuk melengkapkan program pemulihan dadah selama enam bulan dan melakukan khidmat komuniti selama 12 bulan selain perlu membayar sejumlah denda dan kerosakan.

Baca :Ahli Parlimen Pasir Mas Ketua Pemuda PAS yang baharu

COMMENTS