Akhirnya Zahid mengalah, kekal sokong kerajaan PN

Akhirnya Zahid mengalah, kekal sokong kerajaan PN

Melakukan gencatan politik ( political creasefire ) bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat yang sedang dihimpit kesusuahan dan kegelisahan akibat hambatan ekonomi dapat ditangani dan diutamakan.

Mendokong Kerajaan Perikatan Nasional dalam menfokuskan agenda membantu rakyat dan negara mendepani pandemik Covid-19 serta kegawatan ekonomi.

Mengarahkan semua kepimpinan parti yang berada dalam kabinet ketika ini memberikan sepenuh penumpuan kepada usaha untuk membantu rakyat dan meringankan beban yang ditanggung mereka akibat dampak ekonomi dan pandemik Covid19.

Kerjasama semua parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional harus diperkasakan bagi menjamin kestabilan politik di saat negara menghadapi ancaman Covid-19 dan ketidaktentuan ekonomi negara.

AHMAD ZAHID BIN HAMIDI

21 Oktober 2020

KENYATAAN MEDIA – 21 Okt

COMMENTS