Akhirnya terbongkar cerita dalaman pas dari ahlinya sendiri

Akhirnya terbongkar cerita dalaman pas dari ahlinya sendiri

Akhirnya terbongkar cerita dalaman pas dari ahlinya sendiri.YB Dr Khairudin At-takiri adalah antara menteri Pas yang dilihat sangat ‘perform’. Imej beliau antara menteri yang kuat bekerja boleh menaikkan dan melonjakkan Pas.

Apabila ada isu yang mengatakan YB Takiri bukan calon yang di cadangkan oleh Pas sebaliknya melobi langsung dengan Perdana Menteri (Abah) dan melalui MAZA Mufti Perlis, saya tak percaya.

Apabila ada yang mengatakan bahawa lawatan ke Turki bukan lawatan rasmi, sebaliknya lawatan peribadi bersama keluarga, saya juga tak percaya.

Apabila adanya cerita YB Takiri kahwin di Siam musim PKP dan bawa balik isteri dari sana saya juga tidak percaya.

Apabila adanya cerita YB Takiri di tahan dalam SJR di Terengganu bersama seorang artis janda dan seorang anak kecil, saya juga tidak percaya.

Apa yang saya baca dari media dengan imej hebat menjadikan saya beranggapan itu semua fitnah kepada YB Takiri.

Apabila YB Takiri tidak lagi menjadi Menteri kerana Tuan Guru Presiden sendiri yang halang kerana kes yang saya dengar sebelum ini, saya juga tak percaya.

Apabila ada cerita kononnya YB Takiri melobi jawatan Duta Timur Tengah yang bertaraf Menteri dan Pengerusi Tabung Haji, saya juga tidak percaya..

Tentunya audio untuk tukar Presiden juga saya tidak percaya. Bagi saya, YB Takiri tokoh masa depan Pas dan semua cerita buruk yang sangat banyak saya dengar adalah rekaan pembenci. Apa yang saya tahu, YB Takiri orang baik.

Segala prasangka baik saya kepada YB Takiri runtuh dan hancur dalam Muktamar Dewan Ulama hari kelmarin.

Sebagai perwakilan Negeri Kelantan, saya melihat dengan mata kepala sendiri betapa rakusnya YB Takiri untuk mempertahankan rakannya YB Nik Zawawi sebagai Ketua Ulama yang sangat bermasalah.

Menurut rakan perwakilan yang saya temui, tiga negeri mencalonkan Ustaz Mat Ya dari Kedah. Terengganu dan Kelantan negeri saya sendiri masing-masing dengan pencalonan tersendiri.

Ini bermakna ustaz Mat Ya menang tanpa bertanding. Malangnya YB Takiri menyalahgunakan kuasa sebagai Setiausaha Syura, kononnya syura mengarahkan muktamar pemilihan ditangguhkan.

Beliau juga mendakwa surat usul Setiausaha Agung sebagai satu arahan. Apa yang berlaku kelmarin menjadikan saya mula mempercayai semua berita dan cerita yang saya catatkan di awal tadi.

Begitu rakusnya beliau mencampuri urusan dewan ulama atas nama Syura Pas tanpa restu Mursyidul Am.

Syabas YB Takiri kerana sikap hari ini telah melondehkan watak sebenar YB Khairudin Aman Razali At-takiri. Biarlah kebenaran menjadi hakim kepada kita semua sebagai perwakilan Dewan Ulama Pas negeri-negeri.

Baca:[VIDEO] Tukang Cat Tergantung ‘Tak Bertali’ Di Tingkat 26

COMMENTS