Akhirnya lokasi persembunyian Sajat ditemui, rupa-rupanya dia duk situ je….

Akhirnya lokasi persembunyian Sajat ditemui, rupa-rupanya dia duk situ je….

Polis sudah mengenal pasti lokasi persembunyian usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat yang dikenakan waran tangkap kerana tidak hadir sebutan semula kes di mahkamah berhubung isu menghina Islam.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata usaha untuk mengesan Nur Sajat sedang giat dilakukan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Setakat ini, kita belum tahan lagi usahawan kosmetik itu.

“Polis akan bekerjasama dengan JAIS dalam hal ini,” katanya kepada BH, hari ini.

Pada 23 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab.

Nur Sajat dipercayai bersembunyi sebaik waran tangkap dikeluarkan mahkamah.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/03/798228/polis-kenal-pasti-lokasi-persembunyian-sajat

COMMENTS