Akhirnya Adam Adli umum sertai PKR

Akhirnya Adam Adli umum sertai PKR

Akhirnya Adam Adli umum sertai PKR.Adam Adli Abdul Halim merupakan antara 20 aktivis yang membuat keputusan untuk menyertai PKR secara rasmi hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah merasakan PKR adalah parti politik yang sesuai dengan prinsip perjuangannya.

Katanya lagi, keputusan itu tidak dibuat dengan tergesa-gesa dan tidak didesak oleh mana-mana pihak sebaliknya dibuat atas dasar perkara yang diperjuangkan parti itu sendiri.

“Saya ambil masa sedikit panjang (untuk buat keputusan) agar dapat memastikan, apa pun jalan yang dipilih, asasnya kukuh, prinsipnya jelas dan matlamatnya murni.

“PKR adalah sebuah landasan politik berbilang kaum yang biarpun tidak sempurna, namun cocok dengan tekad politik yang diyakini saya hari ini,” katanya dalam majlis pengenalan anggota baharu di ibu pejabat PKR, pagi tadi.

Adam Adli

Turut hadir, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Angkatan Muda PKR (AMK), Akmal Nasir.
BACA: 5 Barang Hotel Yang anda Boleh rembat Bawa Balik

Adam juga menganggap, sejarah panjang PKR dari gerakan reformasi hingga perjuangan di bawah Pakatan Harapan (PH) telah mencetuskan banyak kemungkinan dan perubahan buat negara.

“Saya percaya tentu masih jauh dari selesai, tetapi ada masa depan yang boleh kita nyalakan bersama, ada ruang perubahan yang boleh kita perjuangkan bersama.

“Semoga penyertaan ini biarpun usahanya kecil, dapat memberikan sumbangan dan kebaikan berterusan kepada PKR dan PH dan semua yang mempercayai dan mendukung garis perjuangan hari ini,” katanya.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/nasional/2021/09/adam-adli-sertai-pkr/

COMMENTS