{Video}“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya”

{Video}“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya”

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya”Mungkin ada yang tidak faham atau kurang jelas dengan peribahasa tersebut.

Namun begitu, peribahasa tersebut kini boleh dapat dijelaskan dalam satu video yang tular di media sosial ini.

Video tersebut memaparkan seorang lelaki yang juga perakam video berkenaan sedang memberikan info kepada warganet supaya berhati-hati apabila ternampak gelembung buih ketika di berada di kawasan sungai.

Ianya kerana kawasan sungai yang terdapat gelembung buih itu berkemungkinan dihuni oleh buaya.

“Dengan keadaan air yang tenang begini guys, dan tiba-tiba kamu melihat ada gelembung-gelembung udara yang berjalan macam begitu guys, berhati-hatilah dan berwaspadalah.

“Kerana di dalam air itu ada predator yang sedang bergerak. Dia sedang menuju bergerak ke sini,” ujarnya dalam video berkenaan.

@bangbud1997sekedar kasih info 🗿🗿#AtomexAstro #viral #pubgmjinx #♬ suara asli – Bgbd997🔘

Seterusnya, dia cuba menguji berkenaan tekaannya itu dengan membaling sebiji batu ke arah buih berkenaan bagi mengenal pasti jenis haiwan yang terdapat di dalam air berkenaan.

Sejurus selepas batu itu dicampakkan, kelibat seekor buaya besar secara tiba-tiba muncul dengan agresif daripada air yang tenang itu.

Ternyata kemunculan buaya tersebut amat menggerunkan sekali.

Kaki pancing atau orang ramai yang tinggal berdekatan dengan sungai dinasihatkan supaya berwaspada sekiranya terdapat situasi sama seperti lelaki tersebut ketika sedang berada berdekatan dengan kawasan sungai.

Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih satu juta kali.

BACA: Projek Forest City Johor Gagal? Ini Jawapan TMJ

COMMENTS