Air pasang besar di terengganu membimbangkan

Air pasang besar di terengganu membimbangkan

Air pasang besar di terengganu membimbangkan.Lebih 20 kawasan di tujuh daerah Terengganu bakal menghadapai banjir akibat dari air pasang besar.

Menurut laporan Malaysiakini, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata, perkara itu berlaku susulan fenomena air pasang besar yang dijangka bermula awal bulan ini sehingga hujung Disember.

Menurutnya, antara kawasan yang berisiko adalah Kampung Kuala Ibai di Kuala Terengganu; Kuala Besut dan Kampung Pengkalan Atap di Besut; Kampung Seberang Pintasan di Dungun; Kampung Baru Kemasik di Kemaman; dan Rusila di Marang.

“Kalau ikut maklumat yang kita terima daripada JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran), air pasang besar dijangka bermula 5 hingga 13 Nov dan untuk kali kedua akan bermula 19 Nov hingga 28 Dis, dengan kadar ketinggian ombak dijangka pada 2.4 meter sehingga 2.9 meter. Ia boleh mengakibatkan banjir sekiranya air pasang besar berlaku bersama dengan hujan lebat berterusan.

“Jadi APM bersama agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sentiasa melaksanakan pemantauan secara berkala, bagi memastikan semua penduduk di kawasan sekitar yang berisiko itu sentiasa berada dalam keadaan selamat,” katanya ketika ditemui sedang meninjau fenomena air pasang besar di Pantai Seberang Takir, di Kuala Nerus malam tadi.

Mohd Rosman juga mengingatkan agar orang ramai tidak mengunjungi kawasan pantai untuk melihat ombak tinggi kerana ia boleh membahayakan keselamatan mereka.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memberitahu hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor mulai November ini hingga awal Januari 2022, susulan peralihan Monsun Timur Laut yang bermula Rabu (3 Nov) dan berterusan sehingga Mac tahun hadapan.

 

Baca :Idris Haron sah akan merampas dun Asahan

COMMENTS