Air mata Mizz Nina tumpah, ramai turut bersimpati

Air mata Mizz Nina tumpah, ramai turut bersimpati. Pada Ogos lalu, industri hiburan dikejutkan dengan berita perpisahan pasangan selebriti terkenal, Noh Salleh dan Mizz Nina yang telah bercerai talak satu.

Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok yang dimuat naik seorang pengguna memaparkan aktivis kemanusiaan itu dilihat tidak dapat menahan sebak dan menyekat air mata dengan tisu.

Difahamkan, video itu dirakamkan ketika Mizz Nina dijemput menjadi tetamu pada persidangan Spiritual Summit 2022 anjuran Safinah Institute yang berlangsung pada 21 Ogos lalu. Mizz Nina membuat perkongsian bertajuk ‘A Heart of Stone: The Case of a Hardened Heart and its Cure’.

Menerusi satu lagi video, Mizz Nina berkongsikan kisah seorang wanita yang bercerai dengan suaminya dan bagaimana wanita itu melalui proses penceraian.

“Wanita itu berkata ‘macam mana saya nak lalui semua ni?’ dan dia hanya kembali kepada Allah dan bersyukur kepada Allah.

Air mata Mizz Nina tumpah, ramai turut bersimpati

“Ia satu kehilangan tapi dia bersyukur suaminya sudah menghabiskan masa bertahun-tahun bersamanya. SubahanAllah,” katanya.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sebak melihat Mizz Nina menitiskan air mata serta memberikan kata-kata semangat buatnya.

@ejust4u #mizznina #nohsalleh #allah #motivational #inspiration #nealofa #onitsukatiger #cry #miziwahid #spiritualsummit2022 #fyp #fypシ #fypdongggggggg #fypage #quote #hardship #lost #subhanallah #tabarakallah #hijrah #hijrah_istiqomah #hijrahcinta #meletop #tiktok #tiktok #lisasurihani #harisismail #bestrong #mstar #mstarmalaysia #mashallah #sinarfm #erafm #selawat ♬ original sound – Ejust

Terdahulu, Noh dan Nina berkata keputusan itu diambil selepas mempertimbangkan banyak aspek sebelum berpisah secara baik. Mereka turut meluahkan rasa syukur diizinkan oleh Allah untuk bersama selama 11 tahun yang cukup indah.

BACA: 

Najib bakal buat petisyen ke Lembaga Pengampunan?

Najib bakal buat petisyen ke Lembaga Pengampunan?