Ahli politik terjatuh gara -gara tungang lembu

Ahli politik terjatuh gara -gara tungang lembu

Gara -gara tungang lembu Ahli politik terjatuh.Seekor lembu tunggangan ‘naik minyak’ dalam satu karnival di Sleman menyebabkan seorang anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) mengalami kecederaan.

Ketika kejadian, anggota DPRD Sleman, Raudi Akmal menunggang lembu itu bagi menyertai karnival yang berlangsung.

 politik
Namun, ketika perarakan, lembu itu tiba-tiba mengamuk menyebabkan Raudi terjatuh dan insiden itu sempat dirakam orang ramai yang menghadiri karnival tersebut.

Selepas kejadian itu, Raudi dikejarkan ke hospital dan beliau dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.

Sementara itu, karnival yang berlangsung di Desa Wisata Gorongan itu dirasmikan oleh Ketua Daerah Sleman, Kustini Sri Purnomo.

Baca :Usahawan Terbuang Plastik , terpaksa kejar lori sampah

COMMENTS