Ahli parti terbalikkan meja dalam mesyuarat, ancam pukul pengerusi ditahan

Ahli parti terbalikkan meja dalam mesyuarat, ancam pukul pengerusi ditahan. Polis Melaka membuka satu kertas siasatan terhadap seorang ahli parti yang dikesan melakukan kekecohan ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang sedang berlangsung ketika ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam Rabu, seorang lelaki berusia 50-an itu ditahan selepas mencetuskan kekecohan dan melakukan ugutan jenayah ketika mesyuarat parti.

“Satu kertas siasatan dibuka berkaitan khianat dan ugutan jenayah dimana satu lelaki Melayu telah melakukan kekecohan menterbalikkan meja, kerusi serta mengoyakkan kain banner.

“Lelaki itu turut mengancam akan memukul pengerusi mesyuarat di kawasan pentadbiran daerah Melaka Tengah ketika mesyuarat parti sedang dijalankan di dalam bilik mesyuarat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu Zainol berkata, secara keseluruhan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Melaka telah membuka dua kertas siasatan sepanjang tempoh lima hari berkempen berkaitan jenayah khianat mencabut bendera parti lawan pada hari ketiga berkempen.

Ahli parti terbalikkan meja dalam mesyuarat, ancam pukul pengerusi ditahan

Namun, tiada tangkapan dibuat berkaitan perbuatan mencabut dan mencampakkan bendera parti di atas jalan itu yang juga berlaku dalam daerah Melaka Tengah.

BACA:

Amyra Rosli selamba perli ustazah, “saya takut hilang roh salam dengan suami”

Payung terjun gagal berfungsi, tentera jatuh dari ketinggian 487 meter

Ini top 4 kereta ada keselamatan terbaik untuk wanita