Ahli majlis fatwa ditahan berkaitan pengeboman

Ahli majlis fatwa ditahan berkaitan pengeboman

Ahli majlis fatwa ditahan berkaitan pengeboman .Seorang ulama kanan Indonesia ditahan atas dakwaan mengumpul dana untuk rangkaian pengganas dikaitkan dengan Al-Qaeda bagi misi pengeboman kelab malam Bali dan serangan lain.

Ahli pertubuhan Islam tertinggi Dewan Ulama Indonesia (DUI), Ahmad Zain An-Najah dan dua sekutunya didakwa menubuhkan pertubuhan amal yang menyalurkan wang kepada Jemaah Islamiyah (JI).

Jurucakap polis negara, Rusdi Hartono, berkata suspek difahamkan bekerja di bahagian fatwa majlis, yang bertanggungjawab mengeluarkan fatwa agama.

“Institusi ini diwujudkan untuk mendapatkan pembiayaan di bawah perlindungan tujuan sosial dan pendidikan, namun sebahagiannya digunakan untuk menggerakkan JI,” katanya.

Pada Ogos lalu, polis menahan puluhan suspek pelampau yang dikaitkan dengan JI dan berkata kumpulan itu merancang serangan baru semasa sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia.

Memetik laporan Berita Harian Kumpulan JI dihapuskan oleh pihak berkuasa selepas serangan bom di kelab malam di pulau percutian Bali, mengorbankan lebih 200 orang termasuk puluhan pelancong, yang dikatakan serangan pengganas terburuk di Indonesia.

Bagaimanapun, pertubuhan itu membina semula rangkaiannya selepas pemimpin tertinggi, Abu Bakar Bashir, dibebaskan dari penjara tahun ini selepas menjalani hukuman atas tuduhan berkaitan keganasan.

JI diharamkan kerana mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda, malah ia menghantar pejuang jihad untuk berperang di Syria dan Iraq yang dilanda konflik.

Indonesia yang majoritinya Islam menjadi pangkalan kepada puluhan pertubuhan pelampau, termasuk beberapa yang setia kepada Daesh.

Pada Mac lalu, pasangan Indonesia yang menyokong Daesh meletupkan diri di sebuah gereja di Makassar, pulau Sulawesi, membunuh diri dan mencederakan puluh mangsa lain.

BACA: Arab Saudi bakal bina kompleks industri terapung terbesar di dunia

COMMENTS