Agong dengar taklimat terkini ramalan cuaca dari MetMalaysia pagi ini

Agong dengar taklimat terkini ramalan cuaca dari MetMalaysia pagi ini. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dijadualkan berangkat ke Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) pagi ini.

Dalam lawatan itu, baginda dijadualkan mendengar sembah taklimat secara terus daripada Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengenai perkembangan terkini ramalan cuaca negara yang ketika ini sedang berada dalam peralihan monsun.

Dalam lawatan ke PRABN yang dijadualkan jam 10.30 pagi ini, baginda akan menerima taklimat daripada Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Dr Zaini Ujang, bersama Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah dan Ketua Pengarah JPS, Datuk Dr Md Nasir Md Noh.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, juga dijadualkan hadir menyambut ketibaan baginda.

Namun, majlis taklimat pagi ini diadakan secara tertutup.

Agong dengar taklimat terkini ramalan cuaca dari MetMalaysia pagi ini

Lawatan baginda pagi ini, menarik perhatian seluruh negara kerana khabar angin mengenai pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semakin kuat diperkatakan.

Petang ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, dijadualkan menghadap Seri Paduka di Istana Negara pada jam 4 petang.

Walaupun desakan supaya PRU-15 semakin kuat kedengaran, namun ada pihak membantah cadangan pilihan raya diadakan dalam tempoh terdekat ini, berikutan kebimbangan terhadap banjir yang dijangka melanda ketika musim tengkujuh tahun ini bermula November.

BACA:

20 tentera ditahan terbabit kes rompakan di laut

Kedah tewas dengan JDT, MB Kedah tak puas hati, rupanya ini yang terjadi..

Akibat kritik kerajaan, wartawan mati ditembak