ADUN Perak akan dibebas dengan jaminan polis

ADUN Perak akan dibebas dengan jaminan polis

ADUN Perak akan dibebas dengan jaminan polis.Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan karaoke di Perai di sini malam tadi selepas disyaki positif dadah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, ADUN berkenaan direman selama sehari hari ini.

“Dia akan dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu laporan patologi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Mustafa Kamal Gani berkata, ADUN berusia 50-an itu ditahan bersama 35 individu lain iaitu 28 lelaki dan lapan wanita kerana disyaki positif dadah.

Menurutnya, seramai 82 individu telah diperiksa di pusat hiburan berkenaan.

“Seramai 48 orang ditahan dan daripada jumlah tersebut sebanyak 36 individu termasuk ADUN berkenaan disyaki positif dadah dan mereka yang ditahan berusia antara 21 hingga 70 tahun.

“Seramai 12 wanita warga asing turut ditahan dan polis masih menyiasat sama ada mereka bekerja di situ atau hadir bersama rakan masing-masing,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang ADUN Perak ditahan polis di sebuah pusat hiburan di Perai di sini selepas ujian saringan awal air kencing mendapati positif dadah.

BACA JUGA : Selepas dipecat PAS, ini respon Khairuddin
[VIDEO] Baru nak belagak hebat boleh angkat berat, sekali lain yang terjadi

COMMENTS