Adly Zahari pemimpin masa hadapan

Adly Zahari pemimpin masa hadapan

Dalam ramai ramai pemimpin PH, hanya Adly Zahari berjaya mempertahankan kerusinya.. Hatta Idris Haron mantan pemimpin UMNO dan KM Melaka tewas di Asahan..

sedangkan data aku lihat.. PN dengan bantuan PAS berjaya membawa lari undi kepada calon PAS hampir 4 ribu Undi.. dalam PRU 14 PAS hanya peroleh 2 ribu undi…

Adly Zahari berjaya pertahankan kerusi tersebut dalam Keadaan ramai pengundi luar tidak pulang dan peratusan mengundi yang rendah.. Jika tidak mungkin lebih selesa..

Mungkin benar mengikut kajian Ilham Centre, Adly Zahary antara KM pilihan rakyat Melaka.. cuma keadaan tidak menyebelahi PH..

Manakala Sahabat Adly Zahari dalam Amanah, Sofi Wahab hanya kalah tak lebih 500 Undi dengan calon BN di Durian Tunnggal.. dapat bersaing dengan baik biarpun calon PN/PAS berjaya membawa lari 2 ribu undi..

Pada PRU 14 ,PAS hanya peroleh seribu Undi.. Jika peratusan keluar mengundi tinggi.. Mungkin keputusan berbeza dibanyak kawasan..

Ketika ramai pemimpin DAP tak dapat mempertahankan kerusi, Begitu juga Shamsul Iskandar pemimpin tertinggi PKR..Hatta Mantan KM Idris Haron menandakan Adly Zahari berjaya memikat hati rakyat Melaka..

Cuma masa dan ketika PRN ini dilaksanakan diwaktu Pandemik..Ianya tak menyebelahi Adly Zahari…

Atas Ketokohan Adly Zahari ini adalah wajar Amanah mengstruktur kembali organisasi Amanah..

buat lah perubahan dengan Meletakkan wajah dan muka baru menerajui parti Amanah.. InsyaAllah kita akan dapat menawan semula Melaka dan Malaysia.. 🙂

Ini adalah pandangan peribadi penulis Ipoh Mali

Baca :Antara punca kekalahan PH di Melaka

 

 

COMMENTS