Adly Zahari dilantik Naib Presiden AMANAH yang baharu

Adly Zahari dilantik Naib Presiden AMANAH yang baharu

Adly Zahari dilantik Naib Presiden AMANAH yang baharu.Parti Amanah Negara pada hari ini melantik YB Adly Zahari, 50, bekas Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi Amanah Melaka sebagai Naib Presiden Parti Amanah Negara.

Beliau sebelum ini merupakan Bendahari Agung Parti Amanah Negara.

Perlantikan ini adalah untuk mengisi kekosongan jawatan Naib Presiden yang sebelum ini dipegang oleh Datuk Husam Musa.

Perlantikan YB Adly selaras dengan aspirasi Amanah untuk menampilkan lebih ramai pemimpin pelapis untuk menerajui kepimpinan parti dan negara di masa hadapan.

Selaras dengan matlamat ini juga, Amanah telah melantik YB Ir Izham Hashim, 59, Pengerusi Amanah Selangor sebagai Bendahari Agung Parti Amanah Negara menggantikan YB Adly.

Kami yakin perlantikan ini akan mengukuhkan lagi imej Parti Amanah Negara sebagai parti yang membawa mesej ‘Rahmatan lil aalamin’ di kalangan masyarakat.

HAJI MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara

Berita Penuh : https://www.mhdaily.net/terkini-adly-zahari-dilantik-sebagai-naib-presiden-amanah-yang-baharu/

BACA: Panas!!! Pelakon kecewa dihalang rakam video ketika divaksin

COMMENTS