Adik Sajat, Mustika kini tular angkara video parodi

Adik Sajat, Mustika kini tular angkara video parodi

Mustika, adik perempuan kepada usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, atau Nur Sajat kini mula mendapat perhatian netizen setelah tular di laman Twitter sejak semalam.

Wanita itu dikatakan membuat video parodi di aplikasi itu menggunakan audio milik abangnya itu.

Menerusi sebuah video TikTok yang berdurasi 45 saat itu memaparkan Mustika sedang membuat parodi menggunakan suara abangnya dan wajahnya itu saling tidak tumpah seperti Nur Sajat.

Rata-rata pengguna laman Twitter hampir tertipu kerana pada awalnya mereka percaya bahawa itu merupakan Nur Sajat, sedangkan ia merupakan adik perempuan kepada usahawan berkenaan.

Malahan, ada yang terkejut kerana menyangkakan Mustika menukar jantina, namun perkara itu tidak terjadi kerana dia merupakan seorang wanita tulen.

“Baca komen rupanya adik Sajat, perempuan tulen. Muka juga sama,” ciap @wanaaairish.

 

@must1ka_88Topic hari ini ##padangjawa ##english♬ original sound – must1ka

“Mustika, adik Sajat. Dia pernah masuk program The Band di Astro pada tahun 2013/2014. Mustika panggil Sajat pun abang, bukan kakak,” ujar @JanganMarahAku di Twitter.

“Muka tulen perempuan, tetapi bila dengar suara dalam video ala-ala jantan. Muka pula ada iras Sajat tetapi bukan Sajat. Saya mula bingung,” ciap @sminigee.

@must1ka_88Kita geng2 kelopak wak 😆 penat wak menjawab. Biar lah vid ni explain hehe aku pun pening tgk vid ni 😂♬ original sound – must1ka


Seorang lagi @DidaMaddy pula berkata, Mustika juga dipercayai sudah berkahwin dan mempunyai anak.

@must1ka_88Mustika ke sajat? Rindu leteww 🙄

♬ original sound – must1ka


Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/06/06/adik-sajat-mustika-tular-angkara-video-parodi/

COMMENTS