AC Mizal beri respon selepas video tular ‘Habislah rahsia terbongkar’

AC Mizal beri respon selepas video tular ‘Habislah rahsia terbongkar’

‘Habislah rahsia terbongkar’- AC Mizal beri respon selepas video tular.Sebelum ini tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki wajahnya persis seperti Dato’ AC Mizal. Video tersebut telah meraih perhatian ramai dan ada netizen yang keliru sama ada itu AC Mizal ataupun hanyalah antara ‘kembar’ wajahnya.

Lantaran itu, AC Mizal telah menjelaskan kepada umum berkaitan penularan video tersebut di Instagram miliknya. Menerusi perkongsiannya itu, AC Mizal bersikap terbuka apabila melihat video tular tersebut.

Bukan itu sahaja, AC Mizal juga bergurau mengatakan bahawa rahsia sudah terbongkar dan itu adalah ‘job tepi’ yang dilakukannya. Malah, itu adalah bakatnya yang ramai tidak ketahui.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur dengan perkongsian AC Mizal kerana hanya ‘melayan’ komen-komen netizen dan sempat bergurau.

BACA JUGA: Peniaga kuih ditipu pasangan ‘Berlagak’ kaya

Saintis jumpa fosil ‘naga laut’ berusia 180 juta tahun dan terbesar ditemukan di UK
Anak bekas pemimpin nombor 2 MIC sertai Warisan

COMMENTS