Abang Viva kini selesai jalani kursus asas Pertahanan Awam, bakal beraksi misi bantuan

Abang Viva kini selesai jalani kursus asas Pertahanan Awam, bakal beraksi misi bantuan. Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar mula dikenali ramai selepas kisahnya yang bergerak solo dari Melaka menaiki kereta Viva dengan membawa bot untuk misi membantu mangsa banjir pada Disember yang lalu.

Azwan sanggup mengambil cuti kecemasan daripada majikannya semata-mata kerana mahu bantu menyelamatkan mangsa banjir.

Sifat terpuji beliau tidak terhenti di situ apabila baru-baru ini Azwan selesai selesai menjalani Kursus Asas Pertahanan Awam selama tiga hari di Ayer Keroh.

Abang Viva kini selesai jalani kursus asas Pertahanan Awam, bakal beraksi misi bantuan

Beliau berkata “Untuk pengalaman pertama kali sertai kursus APM ini, banyak benda baharu saya pelajari. Saya diajar ikatan simpul mati dengan lebih baik, diajar menjadi lebih berdisiplin yang mana pengalaman ini tidak dapat di tempat lain.

“Sebelum ini saya memang tidak tahu apa-apa, pergi misi bantuan banjir pun secara solo tanpa pengalaman semua. Tapi dengan kursus ini stamina kita semakin bertambah,”

Beliau juga tidak menolak sebarang kemungkinan untuk meneruskan khidmat di Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Alor Gajah jika berkesempatan.

BACA:

Kenaikan gaji ADUN Sabah dapat kelulusan

Wahid hidup balik? Ini jawapan Syamsul Yusof

Lama menyepi, Bad Indigo akhirnya dedah punca penceraian