Abang Foodpanda kongsi pengalaman keluar awal pagi cari rezeki nak sara 5 anak

Abang Foodpanda kongsi pengalaman keluar awal pagi cari rezeki nak sara 5 anak

Abang Foodpanda kongsi pengalaman keluar awal pagi cari rezeki nak sara 5 anak.HENDAK seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Tugas sebagai penghantar makanan bukanlah sesuatu yang mudah.

Mereka terpaksa mengharungi pelbagai cabaran termasuk cuaca panas dan hujan ribut.

Semua ini memakan tenaga dan masa yang bukan kepalang.

 

Namun itu semua tidak menghalang Mohd Akmal Azhar, 36, daripada mencapai impiannya menggenggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Berkongsi kisahnya dengan mStar, Mohd Akmal berkata, selepas empat tahun dia akhirnya berjaya menamatkan pengajian peringkat PhD dalam bidang Teknologi Farmaseutikal di Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Mohd Akmal menyambung pengajiannya di Universiti Malaysia Pahang.

Menurut bapa kepada lima anak ini, dia mendapat tajaan UMP untuk tempoh tiga tahun pengajian, justeru dia terpaksa mencari pekerjaan bagi menanggung keluarga juga yuran pengajian bagi tahun berikutnya.

Foodpanda

“Sebelum saya sambung PhD saya bekerja sebagai pensyarah kontrak tapi bila dah sambung belajar saya memang jadi pelajar sepenuh masa.

“Saya jadi rider sepenuh masa pula sudah hampir setahun, iaitu semenjak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan),” katanya, yang menetap di Gambang, Kuantan.

Menurut Mohd Akmal, isterinya yang kini mengandungkan cahaya mata mereka yang keenam bertugas sebagai seorang guru.

Mohd Akmal bakal menimang cahaya mata ke enam bulan hadapan.

Berkongsi cabaran utama mengimbangikan tugasnya sebagai seorang pelajar dan rider, Mohd Akmal berkata, dia meluangkan waktu malamnya untuk menyiapkan penulisan tesis.

“Biasanya saya akan on rider awal pagi kemudian sebelum Maghrib balik sebab malam nak kena bersedia untuk tulis tesis, at least setiap hari sejam.

“Tapi kena istiqamah setiap hari, saya beruntung sebenarnya lab work experiment semua sudah selesai masa tiga tahun belajar, jadi tahun keempat saya jadi rider ni hanya tinggal penulisan sahaja.

“Kalau ada kerja yang memerlukan saya hadir ke universiti saya terpaksa bercuti tapi Alhamdullilah, Allah permudahkan segala urusan,” katanya.

Mohd Akmal menamatkan pengajiannya dalam tempoh empat tahun.

Mohd Akmal yang bercadang untuk kembali menabur bakti di UMP selepas tamat pengajian berkata, walaupun penat dia bersyukur Allah permudahkan urusannya untuk merancang masa.

“Benda paling penting sebenarnya kena jaga solat dan selalu doa InsyaAllah, Allah mudahkan perjalanan.

“Kejayaan kita ni sebenarnya bukan sebab kita hebat tapi sebab Allah mudahkan urusan kita, Alhamdulillah Allah permudahkan saya urus masa, memang penat tapi kena teruskan juga sampai selesai,” katanya.

Apa yang mendorongnya untuk terus belajar hanyalah satu iaitu untuk mencari ilmu.

“Ilmu boleh jadi pendinding untuk diri kita serta mengubah cara berfikir

“Sebenarnya walaupun baru setahun menjadi rider, saya belajar banyak perkara, saya belajar soft skill, cara berkomunikasi dengan pelanggan, erti kesabaran dan pembahagian masa yang seimbang.

“Pada pandangan saya sijil tidak menjamin kita pandai tapi proses untuk mendapatkan sijil itu, malah kita dapat belajar untuk kehidupan kita walaupun hanya berakhir di dapur, soft skill, communication skill, pengurusan masa, keyakinan diri semua ini bukan hanya digunakan untuk mencari kerja tapi penting untuk kita gunakan dalam kehidupan,” katanya.

Apa yang mendorongnya untuk terus belajar hanyalah satu iaitu untuk mencari ilmu.

Tambahnya, ilmu pengetahuan seseorang juga akan menyebabkan tahap pemikiran seseorang itu berbeza.

Sumber: https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2021/09/30/siang-jadi-rider-malam-tulis-tesis-abang-foodpanda-keluar-awal-pagi-cari-rezeki-nak-sara-5-anak-bayar-yuran-pengajian

BACA: wanita nekad berpisah, Kekasih kentut depan muka

COMMENTS