9 tempat paling sejuk di dunia

9 tempat paling sejuk di dunia.

9. Roger Pass, Montana, USA

Cuaca di tempat ini pada bulan januari masih di antara -10 hingga 0 darjah selsius. Keadaan di tempat ini seperti mengalami musim sejuk sepanjang tahun walaupun musim panas ia hanya boleh meningkat sehingga 27 darjah selsius sahaja. Jika anda ingin pergi ke sini pada awal tahun pastikan anda memakai pakaian yang tebal dan sesuai supaya tidak kesejukkan. Suhu paling rendah yang direkodkan di tempat ini adalah -56 selsius pada 20 januari sembilan belas lima puluh empat.

8. Stanley, Idaho, USA

Bandar kecil yang berada di Idaho ini mempunyai populasi kurang daripada 100 orang kerana cuacanya yang sangat sejuk. Rekod purata terendah bagi bandar ini ialah pada disember iaitu -18 darjah selsius. pada musim panas pula sekitar bulan julai ia mencecah sehingga 25 point 8 selsius. Purata suhu di bandar ini sepanjang tahun hanya 1 point enam darjah selsius.

9 tempat paling sejuk di dunia
7. Prospect Creek, Alaska. USA

Lokasi ini sudah tidak didiami manusia lagi. suhu seharian pada tempat ini adalah serendah -25 point 5 selsius pada bulan januari. Suhu paling sejuk pernah direkodkan ialah pada bulan januari sembilan belas tujuh puluh satu iaitu -62 darjah selsius. Musim panasnya juga tidak menghangatkan kerana kawasan ini sentiasa di bawah tahap beku dan salji yang turun begitu tebal.

6. Oymyakon, Russia.

Tempat ini merupakan salah satu tempat paling sejuk di russia. Ia merekodkan cuaca -67 darjah selsius dan merupakan tempat berpenghuni
yang paling sejuk di dunia. Rekod itu dicatatkan pada tahun sembilan belas tiga puluh tiga. Purata bacaan cuaca harian musim sejuk di tempat ini bermula dari disember hingga februari adalah -45 darjah selsius.

5. Eureka, Canada

Tempat ini tidak berpenghuni tetapi ia merupakan tapak kajian oleh penyelidik sahaja. Lokasi ini dijadikan sebagai tempat kaji cuaca dari
tahun 1947 lagi. Pada bulan oktober hingga mei menjadikan tempat ini seperti sebuah gurun yang sangat sejuk. Tetapi tempat ini mempunyai banyak tanaman yang tumbuh kerana suhu yang sejuk.

9 tempat paling sejuk di dunia

4. Ulaambataar, Mongolia

Tempat ini merupakan yang paling padat populasinya jika dibandingkan dengan tempat lain. Ia terletak pada kawasan tinggi iaitu 1310 meter dari aras laut dan mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 1 point 3 juta orang. purata suhu di tempat ini sekitar -16 selsius. Pada bulan januari pula suhunya boleh mencecah sehingga -26 selsius.

3. Eismitte, Greenland

Eismitte merupakan istilah jerman yang membawa maksud di tengah ais. Tempat ini merupakan tapak ekspedisi untuk mengambil bacaan suhu. Suhu yang direkodkan di tempat ini adalah diantara -65 darjah selsius hingga -2 point 7 darjah selsius. Pada musim panas cuaca disini merekodkan -12 darjah selsius sahaja. Pada musim sejuk pula ia mencecah hingga -47 darjah selsius.

2. North Ice, Greenland

Tidak banyak yang diketahui di tempat ini kerana kurang diterokai disebabkan tempat ini terlalu sejuk. North ice merupakan stesen kajian ekspedisi british untuk mengambil bacaan suhu pada tahun 1952 sehingga 1954. Suhu terendah yang pernah direkodkan di sini ialah serendah -66 darjah selsius iaitu pada bulan 9 januari sembilan belas lima puluh empat.

1. Vostok, Antartika

Mesti semua orang tahu kawasan antartika yang merupakan tempat dengan suhu paling ekstrim di dunia. Vostok merupakan stesen uji kaji rusia yang memegang rekod suhu paling sejuk di dunia iaitu -89 point 2 darjah selsius pada 21 julai sembilan belas lapan puluh tiga. Ada mengatakan bahawa suhu jatuh teruk pada tahun sembilan belas sembilan puluh tujuh iaitu mencapai -91 darjah selsius. Tempat ini juga kekurangan oksigen serta mempunyai tahap kelembapan yang tinggi sekaligus menjadikan ia tempat paling sejuk.

 

BACA JUGA:

10 Maksud logo terkenal di dunia yang ramai tak tahu

8 Barang murah tetapi sebenarnya sangat mahal