9 negara terkecil di dunia

Ramai yang pasti tertanya jika sesebuah negara sangat kecil. Bagaimana ia boleh terus kekal dengan ekonomi yang tidak seberapa. Sebenarnya ekonomi negara-negara ini boleh dianggap agak kukuh kerana kebanyakkan negara ini merupakan tempat pelancongan yang memperoleh banyak keuntungan daripada pelancong asing. Mari kita kenali 9 negara terkecil di dunia.

9. Malta.

Malta merupakan sebuah negara pulau yang terletak di Laut Mediterranean. Negara ini sebenarnya terdiri daripada 3 pulau iaitu Gozo, Comino dan Malta. Republik Malta mempunyai jumlah penduduk seramai 450000 membuatkan negara ini sebagai salah satu negara yang terpadat di dunia. Salah satu tarikan bagi pelancong-pelancong kerana ia terkenal dengan cuaca cerahnya, mempunyai pantai-pantai yang menarik, kehidupan malam yang meriah serta kaya dengan sejarah lampau.

9 negara terkecil di dunia
8. Maldives.

Maldives merupakan sebuah tempat percutian yang digemari ramai orang dan ia merupakan negara terkecil di Asia. Jika anda ingin mencari Maldives di google map, anda harus zoom sebanyak 3 hingga 4 kali untuk melihat negara tersebut kerana ia sangat kecil. Maldives terkenal dengan pantai pasir putihnya selain air laut yang berwarna biru kristal menjadi tarikan utama pelancong. Jika hendak melancong ke Maldives. Anda harus sediakan wang yang sangat banyak.

7. Saint Kit.

Negara ini merupakan gabungan dua pantai carribean dan ia merupakan antaranya pulau pertama yang dipenuhi dengan orang – orang daripada eropah dan ia merupakan pulau yang pertama dipenuhi dengan orang-orang daripada Eropah. Seperti negara-negara dalam senarai, ekonomi utama negara ini juga bergantung kepada pelancongan. Untuk mereka yang suka menyelam, anda amat digalakkan ke negara ini kerana ianya mempunyai berbagai jenis hidupan marin dan juga pemandangan lautan yang cantik.

6. Marshall Island.

Republik Pulau Marshall merupakan sebuah pulau yang boleh dijumpai di Lautan Pasifik. Ia terletak antara tengah-tengah pulau Hawaii dan benua Australia. Sekeliling pulau ini mempunyai biodiversiti yang hebat dan terdapat sehingga 800 spesis ikan selain sebanyak 160 spesis batu karang. Selain itu, anda juga dapat mencuba menaiki kapal karam di kawasan sekeliling pulau ini.

9 negara terkecil di dunia

5. Liech Tenstein.

Negara ini merupakan sebuah negara terpencil di antara Switzerland dan Austria. Liech tenstein juga merupakan satu-satunya negara yang terletak di Aapp. Negara berbahasa Jerman ini merupakan negara terkaya di dunia berdasarkan nilai kasar keluaran dalam negara GDP per kapita dengan kadar pengangguran terendah dunia iaitu 1.5 peratus. Disebabkan tiada lapangan terbang, anda harus mendarat di lapangan terbang Zurich untuk sampai ke negara ini yang diperintah oleh seorang putera.

4. San Marino.

San Marino terletak dalam Itali namun ia bukan sebahagian daripada negara Itali. Negara ini juga merupakan sebuah negara yang mempunyai suasana tenang dan juga merupakan antara negara yang terkaya di dunia berdasarkan GDP per kapita. Negara ketiga terkecil di Eropah ini mempunyai jumlah penduduk seramai 30000. Selain itu, Guaita kubu tertua negara ini dengan pemandangan yang indah.

3. Tulavu.

Negara yang pernah dikenali sebagai Pulau Ellice ini terletak di Lautan Pasifik dan berada di timur laut Australia. Seramai 10000 orang penduduk menetap di negara ini dan hanya mempunyai jalan raya yang jaraknya hanya 8 kilometer. Negara ini hanya mempunyai satu hospital dan ia pernah dijajah oleh British sebelum mencapai kemerdekaan pada 1978. Walaupun ia mempunyai tarikan yang menarik seperti pantai laut biru kristal, namun tidak ramai pelancong yang datang kerana jaraknya yang jauh. Pada tahun 2010, pelancong yang bercuti ke negara ini kurang daripada 2000 dan 65% datang disebabkan oleh urusan perniagaan.

2. Nauru.

Nauru merupakan negara pulau yang terkecil di dunia dan ia terkenal pada tahun 1980 kerana perlombongan fosfat tapi sekarang ia hanya merupakan pulau yang sepi. Tidak ramai pelancongan yang datang ke sini selepas hampir semua sumber fosfat di negara ini telah habis. 90% daripada penduduk negara ini tidak mempunyai pekerjaan dan salah satu fakta menarik tentang negara ini ialah ia mempunyai kadar obesiti kedua tertinggi dunia.

1. Monaco.

Bagi peminat bola sepak, anda pasti terkejut kerana tidak pernah menyangka Monaco merupakan sebuah negara. Monaco terkenal buat mereka yang gemar berjudi. Barangan mewah dan bersiar-siar menaiki bot. Ia bersempadan dengan negara Perancis dan disebabkan negara ini sangat kecil. Kelab pasukan bola sepak terpaksa masuk dengan liga negara Perancis. Negara ini merupakan negara paling padat di dunia.

BACA JUGA:
8 tempat paling panas di dunia
8 Barang murah tetapi sebenarnya sangat mahal
9 tempat paling sejuk di dunia