9 jenis kopi yang menarik dan sedap

Anda merupakan peminat kopi? Antara khasiat utama kopi ialah ianya memberikan tenaga kepada sesiapa yang menikmatinya. Memang sesuai dinikmati semasa sarapan. Tidak hairanlah minuman ini sangat digemari ramai. Mari kita kenali 9 jenis kopi yang menarik dan juga sedap.

9. Latte.

Latte merupakan salah satu jenis kopi yang popular di dunia. Perkataan yang digunakan ini ber asal dari bahasa Itali iaitu caffè e latte yang bermaksud kopi dan susu. Berdasarkan dari namanya, anda pasti sudah tahu yang bahan utama jenis kopi latte ini ialah kopi dan susu. Minuman ini boleh disajikan secara panas dan sejuk bergantung kepada citarasa sendiri. Kandungan kopinya pula agak kurang berbanding yang lain. Untuk menyediakannya, anda perlu tuang kopi ke atas buih susu atau bancuh bersamanya. Untuk rasa yang lebih berkrim. lebihkan sahaja jumlah susu.

9 jenis kopi yang menarik dan sedap
8. Mocha.

Jenis kopi ini iaitu mokha yang juga disebut mochaccino adalah jenis latte yang berperisa coklat. Namanya berasal dari kota Mocha yang merupakan salah satu pusat perdagangan kopi yang terawal di dunia. Berbanding latte, mocha mempunyai kandungan kafein yang lebih tinggi. Memandangkan ianya mempunyai kandungan coklat yang tinggi dan rasanya juga manis. Mocha mempunyai buih susu di atasnya, sama seperti latte. Anda juga boleh meletakkan krim putar di atas buih susu untuk rasa kopi yang lebih berkrim dan manis.

7. Espresso.

Merupakan salah satu jenis kopi di dunia yang wajib anda tahu adalah espresso. Ianya boleh dikatakan antara jenis kopi utama yang digunakan dalam kebanyakan jenis kopi yang lain. Espresso adalah kaedah pembuatan kopi yang ber asal dari Itali di mana sebilangan kecil air mendidih diletakkan pada tekanan atmosfera 9 atau 10 bar melalui biji kopi yang digiling halus. Memandangkan ianya mempunyai kandungan kafein yang tinggi, espresso selalunya dihidangkan dalam jumlah yang sedikit.

6. Americano.

Americano adalah sejenis minuman kopi yang disediakan dengan mencairkan espresso dengan air panas memberikannya kekuatan yang hampir sama dengan kopi yang dibru. Jika anda gemarkan kopi yang kandungan kafeinnya tinggi, inilah jenis kopi yang wajib anda cuba. Ianya mempunyai 94 hingga 150 miligram kafein bergantung kepada jumlah espresso yang ditambah. Rasa Americano ialah lemak dan pekat namun tidak terlampau manis.

9 jenis kopi yang menarik dan sedap

5. Capuccino.

Capuccino merupakan ialah minuman berasaskan kopi yang yang diperbuat daripada kopi jenis espresso. susu panas. dan buih susu yang telah diwapkan. Walaupun kelihatan hampir sama dengan latte. Capuccino tidak menggabungkan espresso dan susu sekaligus. Susu untuk capuccino dituang di atasnya manakala latte menggabungkan susu bersama espresso sekaligus. Untuk menyedapkan lagi rasanya, anda boleh tambah serbuk koko atau coklat parut di atas buih susunya.

4. Kopi Putih.

Ini juga merupakan antara jenis kopi yang cukup terkenal iaitu kopi putih. Warna kopinya tidak putih namun lebih cerah berbanding jenis kopi yang lain. Kualiti biji kopi yang digunakan untuk mengasilkan kopi putih ini memang tinggi. Ianya akan di panggang sehingga bertukar kekuningan dan ianya dipanggang dalam masa yang singkat untuk menjaga kemanisan bijinya. Jadi, tidak hairanlah rasa kopi putih ini lebih manis berbanding jenis kopi yang lain.

3. Kopi Vietnam.

Nama jenis kopi ini sentiasa disebut oleh kebanyakan pencinta kopi Vietnam. Kepekatan kopi Vietnam ini memang boleh bikin sesiapa sahaja ketagih setelah merasainya. Di Vietnam, ianya dikenali sebagai ca pei da. Ca pei da ini dibuat menggunakan kopi panggang sederhana gelap dari kasar yang ditanam di Vietnam. Minuman ini dihidangkan sejuk, jadi ianya memang menyegarkan tekak. Minuman ini juga boleh diminum dengan susu pekat.

2. Kopi Luwak.

Kopi luwak adalah kopi yang terdiri dari ceri kopi yang dimakan dan dicernakan secara separa oleh musang sawit. Disebabkan kerumitan untuk memperoleh biji luwak, harga kopi luwak ini selalunya mahal dan ianya juga sangat eksklusif. Namun, kualiti biji luwak ini sememangnya tinggi jadi harganya sudah berbaloi. Rasa manisnya juga tidak terlampau, secukup rasa sahaja. Bagi memastikan kualitinya terjaga, anda seharusnya cuba kopi luwak yang biji luwaknya diperoleh secara semulajadi.

1. Kopi Turki.

Kopi Turki merupakan jenis kopi yang disediakan menggunakan biji kopi yang digiling halus tanpa ditapis. Satu cara penyediaan yang unik yang menjadi punca ianya begitu popular. Cara untuk membancuh kopi ini juga cukup mudah. Anda hanya perlu menampurkan serbuk kopi Turki bersama gula dan air panas untuk menikmati rasa kopi yang cukup sempurna. Anda juga boleh menyediakannya menggunakan mesin kopi.

BACA JUGA:
9 tempat paling sejuk di dunia
10 Maksud logo terkenal di dunia yang ramai tak tahu
9 haiwan yang mempunyai nyawa paling singkat di dunia