9 haiwan yang mempunyai nyawa paling singkat di dunia

Kebanyakkan serangga atau haiwan di dunia ini tidak semuanya mampu hidup dengan lama. ada di antara mereka mempunyai jangka hayat yang sangat pendek malah ada yang hanya dapat hidup selama 24 jam sahaja.

9. Tikus rumah.

Tikus rumah merupakan haiwan yang paling banyak di dunia. Purata kehidupan seekor tikus rumah adalah selama 8 bulan sahaja. Berkemungkinan besar mereka hanya dapat hidup kurang daripada setahun atas faktor cuaca. Salah satu lagi mereka mempunyai jangka hayat yang pendek kerana sering menjadi mangsa kepada kucing.

8. Pepatung.

Kita seringkali melihat serangga ini di kebanyakkan tempat dan lebih 5000 spesies pepatung direkodkan wujud. Pepatung mempunyai jangka hidup terpendek iaitu sekitar 8 hingga 12 minggu sahaja. Biasanya mereka akan mati terbaring di atas lantai akibat faktor cuaca atau menjadi mangsa kepada pemangsa lain.

9 haiwan yang mempunyai nyawa paling singkat di dunia

7. Lebah pekerja.

Lebah betina tidak mempunyai kemampuan pembiakan yang penuh seperti ratu lebah. Ia hanya boleh hidup selama beberapa minggu atau berbulan sahaja bergantung kepada cuaca. Berbanding dengan ratu lebah pula mampu hidup sehingga 5 tahun lamanya. Mereka mengekalkan suhu di dalam sarang untuk proses mengeram telur.

6.Kupu-kupu monarch.

Kupu kupu monarch ini merupakan haiwan yang ironik dan merupakan spesies kupu – kupu paling cantik tetapi hanya mempunyai purata jangka hayat selama enam minggu sahaja. Kupu kupu monarch ini mampu terbang beribu ribu kilometer sekiranya terbang ke arah yang betul ketika migrasi.

9 haiwan yang mempunyai nyawa paling singkat di dunia

5. Lalat rumah.

Lalat rumah adalah serangga yang paling kerap ditemui di rumah. Namun lalat ini mempunyai jangka hayat yang pendek sahaja iaitu ianya hanya dapat hidup selama 4 minggu sahaja apabila lalat tersebut mencapai tahap dewasa. Serangga paling umum ini boleh ditemui di mana sahaja di dunia dan mempunyai jumlah lebih kurang sama di setiap kawasan di dunia.

4. Semut drone.

Semut drone ini terdiri daripada semut jantan sahaja daripada koloninya. Semut drone ini tidak kelihatan seperti semut biasa dan mereka tidak melakukan sebarang tugasan untuk sarang mereka. Mereka juga kelihatan seperti seekor penyengat berbanding dengan semut kerana mempunyai sayap. Semut drone hanya dapat hidup selama 3 minggu sahaja.

3. Mayfly.

Mayfly merupakan haiwan yang hidup sangat singkat jangka hayatnya di dunia dimana ia hanya mampu hidup selama 24 jam sahaja. Ianya termasuk di dalam kategori haiwan akuatik dan juga spesies pepatung. terdapat kira – kira 3000 spesies yang diketahui di bawah mayfly ini dan jangka hayat mereka hanya 30 minit hingga 24 jam sahaja.

2. Gastrotrich.

Gastrotrich merupakan haiwan seperti cacing mikroskopik yang terdapat di kawasan air tawar dan laut. Ia hanya mempunyai jangka hayat selama tiga hari sahaja. mereka selalunya makan organisma hidup dan juga mati. Haiwan ini juga diketahui mampu bertahan di dalam kolam kering dan kawasan takungan air yang tidak mengalir.

1. Mosquitofish

Mosquitofish merupakan sejenis ikan air tawar di mana spesies betina ikan ini boleh membesar sehingga 7 CM panjang. ikan musquitofish ini mempunyai purata hidup selama 1.5 tahun dan paling lama ialah 3 tahun sahaja. ia banyak dijumpai di kawasan kolam air tawar yang cetek dan sering menghindari pemangsanya.

BACA JUGA:

10 Maksud logo terkenal di dunia yang ramai tak tahu