8 tempat paling panas di dunia

Cuaca yang panas boleh memberikan tekanan fizikal kepada tubuh badan kita. suhu paling panas direkodkan di malaysia ialah 41 point 1 darjah selsius
namun ada lagi tempat di dalam dunia ini yang mencatatkan suhu paling tinggi.

8. Ghadam es, Libya

Ghadam Es merupakan kawasan lapang di tengah – tengah padang pasir yang telah diisytiharkan sebagai sebuah tapak warisan dunia oleh Unesco kerana terdapat rumah atau pondok yang mempunyai simbol yang ikonik kerana ianya diperbuat daripada lumpur. Walaupun ia diperbuat daripada lumpur ia telah membantu melindungi penduduk di kawasan tersebut daripada cuaca panas yang terik. tempat tersebut pernah mencapai 55 darjah selsius.

7. Timbuktu, Mali

Bandar ini terletak pada pinggir selatan sahara. Suhu terpanas yang pernah direkodkan di Timbuktu ini adalah 49 darjah selsius. Walaupun pada musim sejuk bandar ini tetap mencatatkan suhu yang panas sehingga ianya mencapai paras purata 30 darjah selsius pada bulan januari.

8 tempat paling panas di dunia
6. Tirat Zvi

Tirat Zvi merupakan sebuah bandar yang mencatatkan rekod suhu terpanas di asia pada bulan jun 1942 iaitu dengan bacaan suhu sebanyak 54 darjah selsius. Tetapi ada seorang pengkaji mengatakan bahawa termometer itu tidak dibaca dengan tepat dan seharusnya ia dibaca pada suhu 53 darjah selsius. Pada tahun yang sama suhu bandar tersebut mencecah paras tertinggi pada tahap 37 darjah selsius sahaja.

5. Dasht Lut, Iran

Dataran padang pasir ini mempunyai suhu dan tanah terpanas di muka bumi ini. Bacaan suhu yang maksimum pernah diambil menggunakan satelit pada tahun 2003 dan 2009 ialah sebanyak 70 point 7 darjah selsius tetapi padang pasir ini tidak berpenghuni.

8 tempat paling panas di dunia

 

4. Wadi Halfa, Sudan

Wadi Halfa merupakan bandar panas yang terletak di pinggir tasik nubia di Sudan. Sepanjang tahun hujan tidak akan turun di bandar ini.
Bulan jun merupakan bulan yang paling panas dengan mencatatkan purata suhu tertinggi iaitu sebanyak 41 darjah selsius. Suhu paling panas yang pernah direkodkan ialah pada kadar 53 darjah selsius.

3. Dallol, Ethiopia

kawasan hidrotermal yang mempunyai lembah garam, air panas dan gas ini mempunyai suhu purata harian maksimum sebanyak 41 darjah selsius pada tahun 1960 hingga 1966. suhu di tempat ini juga semakin meningkat terus menjadikannya sebagai tempat yang panas di muka bumi ini.

2. Aziziyah, Libya.

Aziziyah terletak 25 kilometer di selatan tripoli. Ia pernah mendapat gelaran tempat paling panas di bumi. Pada tahun 1922 ia pernah mencatatkan suhu sebanyak 58 darjah selsius tetapi rekod tersebut tidak sah selepas ianya ditarik semula pada 2012 kerana terdapat beberapa percanggahan data. tetapi sehingga sekarang bandar ini kerap mengalami suhu melebihi 48 darjah selsius.

1. Death valley, California

Death Valley masih lagi memegang rekod suhu yang paling terpanas di dunia yang pernah direkodkan dalam sejarah. Lembah padang pasir yang luas ini mencapai suhu 56 point 7 darjah selsius pada musim panas. Suhu purata pada masa kini adalah sebanyak 47 darjah selsius pada musim panas dan merupakan kawasan paling kering.

BACA JUGA:

10 Maksud logo terkenal di dunia yang ramai tak tahu

8 Barang murah tetapi sebenarnya sangat mahal