8 tempat paling aneh di dunia

Kebanyakkan tempat yang menjadi tumpuan para pelancong adalah kerana keindahan alam semula jadinya. Namun ada di antara tempat alam semula jadi ini yang lebih aneh bukan sahaja kerana keindahannya. Sesetengah daripadanya sangat berharga dan dilindungi oleh negara-negara di mana terletaknya tempat itu. mari kita kenali 8 tempat aneh yang ada di dunia.

8. Puerto Mosquito, Puerto Rico.

Di pantai Puerto Mosquito ini keindahannya terserlah kerana air pantainya yang bercahaya dan berkilauan pada waktu malam. Ini adalah disebabkan pantainya dipenuhi dengan plankton bio lumines yang banyak membuatkan ia kelihatan seperti bintang di angkasa. Pulau kecil ini merupakan salah satu tempat di Puerto Rico yang menjadi tumpuan para pelancong dari seluruh dunia. Pada tahun 2017 pantai ini telah terjejas teruk akibat taufan Maria dan seperti tiada lagi plankton berharga yang bercahaya kelihatan. Namun begitu kini ia kembali beransur pulih dengan kehadiran semula plankton kecil yang bercahaya ini.

8 tempat paling aneh di dunia
7. Fly Geyser, Nevada.

Tempat ini sebenarnya terjadi kerana tidak sengaja pada tahun 1944, apabila para pengkaji menerokai permukaannya untuk uji kaji suhu. Air panas terkeluar dari tempat galian semenjak dari kejadian itu. Kandungan mineral yang banyak pada air di situ membuatkan terbentuknya satu lapisan kalsium yang unik dan menyebabkan ia berwarna merah dan hijau. Tempat ini dilindungi dan tidak dibuka untuk orang awam.

6. Pulau Easter, Chile.

Terletak di kepulauan lautan Pasifik kawasan jajahan Chile ini mempunyai pantai yang berwarna merah jambu. Namun bukan itu yang menjadi perhatian akan tetapi kehadiran kepala patung gergasi yang banyak jumlahnya. Terdapat hampir 900 patung gergasi yang dinamakan Moai ini yang tersebar di seluruh pulau ini. Ianya dipercayai diukir oleh kaum Rapa Nui di antara tahun 1100 hingga 1500 masihi. Arkeologi juga mendapati kepala patung ini sebernarnya mempunyai badan yang tertanam di dalam tanah.

8 tempat paling aneh di dunia

5. Tasik Hillier, Australia.

Tasik ini tidak sama seperti tasik-tasik lain di dunia. Walaupun ianya hanya berukuran 2000 kaki panjang. namun ianya sangat mudah dilihat dari jauh kerana airnya yang berwarna merah jambu. Para saintis berpendapat ini mungkin disebabkan sejenis alga yang mendiami tasik ini namun ianya masih belum dapat dibuktikan. Tasik ini bukanlah satu-satunya tasik berwarna merah jambu di dunia. Pihak kerajaan menutup kawasan ini untuk kunjungan orang awam atau pelancong.

4. Garisan Nazca, Peru.

Garisan Nazca di Peru merupakan salah satu misteri dunia. Tujuan wujudnya garisan ini mencetuskan pelbagai teori dari ritual keagamaan sehingga kepada penglibatan makhluk asing. Mempunyai garisan dalam pelbagai bentuk geometrik dan juga haiwan tempatan seperti monyet dan labahlabah. Garisan ini terlah wujud selama ribuan tahun dan dipercayai dibuat oleh bangsa Nazca bertujuan untuk mempersembahkannya kepada dewa hujan.

3. Laut Mati, Jordan.

Laut mati yang juga dikenali dengan laut garam ini teletak di antara Palestin dan Jordan. Ianya juga merupakan kawasan paling rendah di dalam dunia. Kandungan garamnya yang sangat tinggi membuatkan ianya adalah mustahil untuk sebarang kehidupan di dalamnya melainkan bakteria. Laut mati ini semakin terancam kekurangan airnya yang teruk kerana disedut oleh negara Israel untuk kegunaan rakyatnya. Dengan hujan yang sedikit, laut mati ini berkurangan sebanyak 3 kaki setiap tahun.

2. Lagoon Biru, Iceland.

Iceland merupakan kepulauan gunung berapi yang mempunyai banyak kolam air panas semulajadi. Lagoon Biru ini yang menjadi tumpuan para pelancong. Banyak spa mewah yang telah dibina berdekatannya. Dengan suhu purata 100 darjah selsius sepanjang tahun ia telah menghasilkan warna air biru muda. Kandungan garamnya juga dikatakan baik untuk kesihatan kulit.

1. Tasik Bertompok, Canada.

Setiap musim panas. tasik ini akan menyejat dan meninggalkan bentuk seperti polkadot. Para pengkaji berpendapat hal ini terjadi kerana kandungan mineralnya yang unik. Lebih mengagumkan ialah setiap tompok mempunyai warna air yang berbeza berdasarkan kandungan mineralnya dan membuatkan pemandangannya begitu indah.

BACA JUGA:

8 Barang murah tetapi sebenarnya sangat mahal

10 Maksud logo terkenal di dunia yang ramai tak tahu